Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 29 Januari 2019

Mega Project: Consider the alternatives

THE country’s first railway line started in 1885 to transport tin ore between Taiping and Port Weld (now Kuala Sepetang) in Perak. A year later, a second line was opened to link Kuala Lumpur and subsequently to Port Swettenham (now Port Klang), also to service the tin mining industry.

One hundred and thirty-four years later, it has evolved into a modern, comfortable and economical passenger service with two lines; one runs up the West Coast from Johor Baru, through Kuala Lumpur, to Padang Besar in Perlis while the other is often referred to as the “jungle train” as it branches off the first line at Gemas in Johor and runs through Kuala Lipis in Pahang up to the northeastern side in Kelantan.

In recent years, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) introduced the Electric Train Service from Gemas to Padang Besar. The rail operator recorded some 7,000 passengers on the sector daily.

Then there is the proposed 688km East Coast Rail Link (ECRL) project from Port Klang to Kuantan and onwards to Pengkalan Kubor, which was much talked about last week following the confusion over its future. Economic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali said the cabinet decided on Thursday to cancel the project but Finance Minister Lim Guan Eng said that he was “shocked” by the announcement.

The project would, without a doubt, be welcomed, especially by those going home to the East Coast states during the festive season. There had been news reports and social media postings of travellers having to spend up to 15 hours on the federal road due to the traffic congestion.

On the flipside, such a mammoth project could strain the government financially and also expose it to many risks. At RM81 billion, it is said to be the largest infrastructure project ever for the country. The seven-year project was originally scheduled for completion in 2024.

The government should take a breather to look at low-cost alternatives to facilitate the ease of travel to the east coast states. It can, for example, consider extending the 758km East Coast Expressway by another 124km to end at Tumpat in Kelantan.

The expressway currently ends at Kampung Gemuruh near Kuala Nerus in Terengganu. Taking the cost of the 185km East Coast Highway 2 (LPT2) — connecting Jabur, Kemaman and Gemuroh, Kuala Terengganu — at RM18 million per km as a gauge, it would cost the government some RM3 billion.

Or, it can look into a rail connection between Kuala Lumpur and Mentakab in Pahang. Currently, travellers to the East Coast will have to go south to Gemas from Kuala Lumpur before they can make their way eastward.

Analysts tracking the domestic rail sector have said that tunnelling the Titiwangsa mountain range for the rail project would not result in the cost being inflated.

Travelling time will not only be reduced but the efficiency of the train service can be further enhanced. In fact, rehabilitation of the current track in the east coast could be more efficient and cost-effective than building the ECRL.

Source: New Straits Times | 29 January 2019

Jumaat, 4 Januari 2019

Malaysia Airports: Kami tidak kenakan fi KLIA 2

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaskan bahawa ia tidak pernah mengenakan ‘Fi KLIA’ sebanyak RM3, yang kutipannya akan dihentikan oleh AirAsia.

Ini susulan pengumuman syarikat penerbangan tambang rendah itu awal minggu ini bahawa ia akan mengeluarkan ‘fi KLIA2’ yang dikutipnya sebagai sebahagian daripada harga tiket, sejak 9 Mei, 2014.

Fi KLIA2 itu dikenakan dan dikutip semata-mata oleh AirAsia sejak terminal KLIA2 memulakan operasi pada 2014.

“Caj yang dikenakan ke atas penumpang dan dikutip oleh Malaysia Airports hanyalah caj perkhidmatan penumpang (PSC) sebanyak RM11 bagi pelepasan domestik, RM35 untuk pelepasan antarabangsa ke negara ASEAN dan RM73 untuk pelepasan antarabangsa selain negara ASEAN,” kata MAHB dalam kenyataan sebagai menjawab ‘pertanyaan media’.

Pengendali lapangan terbang itu mengeluarkan kenyataan yang sama mengenai fi RM3, yang tidak ada kaitan dengannya, semasa AirAsia mula mengenakan levi RM3 itu pada 2014.

Pada Isnin, ketua pegawai eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam sesi langsung di Facebooknya bersama orang ramai berkata syarikat penebangan itu akan berhenti mengutip fi RM3 itu mulai minggu depan.

Pada.permulaan sesi itu, beliau dilaporkan berkata bahawa KLIA2 tidak memenuhi objektif syarikat penerbangan itu bagi perjalanan udara, yang sebahagian besarnya untuk kos rendah bagi menawarkan tambang yang lebih rendah.

“Kami akan hentikan fi KLIA2 minggu depan, anda orang pertama yang mengetahuinya. Tiada lagi fi KLIA2,” kata Fernandes.

MAHB baru-baru ini menyaman AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kerana enggan mengutip PSC tambahan sebanyak RM23 bagi setiap penumpang di KLIA2.

MAHB mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan sebuah lapangan terbang di Instanbul Turki.

Sumber: Bernama | 3 Januari 2019

Laporan akhir perlu sebelum keputusan bagi projek ECRL- Loke


BATU GAJAH: Laporan akhir berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sangat penting dan perlu disemak dengan teliti sebelum sebarang keputusan dicapai sama ada projek itu akan diteruskan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.

“Saya fikir adalah adil untuk mendapatkan laporan akhir sebelum kami membuat sebarang keputusan. Duta Besar China (Bai Tian) menyebut bahawa kedua-dua pihak mempunyai jawatankuasa kerja untuk berunding sebelum membuat apa-apa keputusan. Setakat ini, syarikat Malaysia belum mempunyai keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Rolling Stock China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) di sini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam temu bual dengan Sin Chew Daily pada Isnin, berkata projek ECRL, yang digantung pada Julai lepas, boleh diteruskan pada skala kecil sekiranya China bersetuju.

Dr Mahathir berkata kedua-dua negara masih dalam perbincangan mengenai perkara itu dan belum mencapai persetujuan mengenainya.

Sementara itu, Loke berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menerima sembilan set tren Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pada suku kedua tahun ini.

“Perkhidmatan ETS akan bertambah, terutama di laluan Kuala Lumpur-Ipoh-Butterworth. Orang ramai boleh menikmati lebih banyak perkhidmatan ETS yang amat popular sekarang ini," katanya.

Bai Tian berkata kebanyakan negara kini mempertimbang untuk mempunyai pengangkutan rel kerana ia antara kaedah pengangkutan yang mampu digunakan rakyat, dan Malaysia juga harus mengikutinya.

Semasa ditanya bila laporan itu akan siap, Bai Tian berkata beliau tidak mempunyai tempoh khusus mengenai perkara itu.

Loke juga menghadiri taklimat tertutup oleh Akademi Keretapi Malaysia di sini dan melawat depot ETS sebelum kembali ke Kuala Lumpur dengan ETS.

Di KUANTAN, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata pengumuman Dr Mahathir mengenai projek ECRL itu memberi harapan baru kepada rakyat di Pantai Timur untuk mendapatkan sistem pengangkutan yang lebih baik dan sistematik.

"Tidak kira sama ada projek itu besar atau kecil. Kami mahu ia memberi kesan kepada pembangunan di Pantai Timur, terutama Pahang, “ katanya kepada Bernama.

Sumber: Bernama | 3 Januari 2019

Penduduk berhampiran pantai siap sedia untuk berpindah

KOTA BHARU: Penduduk berhampiran persisiran Pantai Cahaya Bulan di sini mula bersiap sedia untuk perpindah ke kawasan yang lebih selamat susulan paras ombak yang semakin tinggi berikutan ribut tropika Pabuk yang melanda negeri ini.

Seorang penduduk, Razali Rashid, 63, berkata ketika ini keluarganya telah memindahkan dokumen penting ke tempat yang selamat berjauhan daripada rumahnya yang terletak kira-kira 15 meter daripada pesisir pantai itu.

"Kami menyimpan dokumen tersebut di surau yang terletak 500 meter daripada rumah saya kerana dikhuatiri sekiranya limpahan ombak memasuki rumah kami.

"Barangan elektrik, saya simpan di tempat yang tinggi dan matikan suiz untuk mengelak daripada rosak dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama ketika membuat tinjauan di pantai berkenaan di sini, hari ini

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi telah memberi amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan pembentukan satu siklon tropika di perairan Laut China Selatan.

Razali berkata selain bersiap untuk berpindah, penduduk di kampung tersebut juga kerap memantau kawasan pinggiran pantai itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk berpindah.

"Sehingga kini tiada lagi penduduk berpindah, jika kami berpindah kami akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundur yang terletak dua kilometer dari sini atau menumpang rumah keluarga yang lain," katanya.

Muhammad Ridzuan Mustapa, 27, pula berkata walaupun penduduk kampung itu sudah terbiasa dengan ombak pasang namun ombak kali ini amat merisaukan penduduk di sini.

"Setiap tahun kami alami suasana ombak pasang, tapi kali ini amat menakutkan kerana diikuti dengan pengerakan angin. Kami risau kalau ombak pasang ini berlaku pada waktu malam," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood berkata sehingga kini pihaknya belum menerima maklumat penduduk di kawasan yang terlibat berpindah.

"Kami sentiasa melakukan pemantauan dan memasang bendera tanda amaran di pesisir pantai.

"Orang awam jangan ambil tindakan berani melakukan aktiviti pantai bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan sebagainya," katanya.

Sumber: Bernama | 3 Januari 2019

ANIH Berhad tamatkan kontrak pengusaha gerai no. 6 R&R Gambang

KUANTAN: Syarikat pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad menamatkan kontrak pengusaha gerai nombor 6 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini yang pekerjanya terlibat insiden membelasah seorang pemandu bas ekspres dalam kejadian 24 Disember lalu.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata penamatan kontrak tersebut berkuat kuasa pada 31 Disember baru-baru ini setelah siasatan mendapati pihak berkenaan melanggar syarat kontrak yang ditetapkan.

"Selain daripada siasatan yang dilakukan polis, pihak Anih Berhad turut mengendalikan siasatan dalaman sejurus selepas kejadian dan didapati pengusaha berkenaan telah melakukan kesalahan.

"Ada klausa di dalam kontrak berkenaan yang menetapkan pengusaha gerai dilarang menggunakan gerai untuk tujuan yang tidak diingini dan dilarang melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang, berkelakuan kurang sopan, bergaduh dengan pengusaha gerai yang lain serta pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat media berhubung kejadian itu di R&R Gambang, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengurus Kanan Ketua Pengurusan Aset Anih Berhad Rosli Ahmad.

Menurutnya pihak Anih Berhad kesal dengan kejadian tersebut yang disifatkan hanya kes terpencil dan tidak pernah berlaku sejak lebuh raya itu dibuka pada 2004.

"Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga, memang tidak dinafikan selepas kejadian itu berlaku penyusutan yang ketara iaitu hampir 50 peratus dari segi kehadiran pengunjung dan jualan oleh pengusaha gerai.

"Pihak Anih Berhad sendiri telah mengadakan pertemuan bersama pengurusan bas Sani Ekspress pada 26 Disember lalu, bagi berbincang dari hati ke hati bagi menyelesaikan masalah itu secepat mungkin bagi manfaat bersama," katanya.

Mengikut rekod lebih 42,000 pengguna menggunakan LPT1 setiap hari dan dianggarkan sebanyak lima peratus daripadanya berhenti rehat di R&R Gambang.

Terdapat seramai 32 pengusaha gerai di kedua-dua hala kawasan rehat berkenaan yang menyediakan pelbagai jenis jualan termasuk makanan, minuman, kraftangan dan barangan runcit.

Dalam masa yang sama Radzimah berkata pihak Anih Berhad bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kesemua lima kawasan R&R di kedua-dua hala sepanjang Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan LPT1 pada tahun ini bagi tujuan keselamatan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengendali Gerai Gambang Timur NoraIan Ismail berharap pengguna lebuh raya itu tidak berterusan menghukum kesemua pengusaha gerai di R&R Gambang disebabkan kesilapan hanya satu pihak.

"Pihak yang berkenaan juga telah djatuhkan hukuman dengan ditamatkan kontrak, sehubungan itu kami berharap agar pengguna lebuh raya ini terutama pemandu bas ekpress serta pemandu lori supaya dapat singgah semula di sini," katanya.

Semasa kejadian pukul 1.30 pagi pada 24 Disember lalu, seorang pemandu bas dibelasah sekumpulan lelaki di kawasan meletak kenderaan berat di R&R Gambang di sini dan kejadian tersebut turut tular menerusi penyebaran video di laman sosial.

Mahkamah Majistret Kuantan pada 31 Disember lalu menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 kepada enam lelaki setelah didapati bersalah memukul pemandu bas di kawasan R&R Gambang arah barat 24 Disember lalu.

Bagaimanapun dalam prosiding berasingan pemandu bas berkenaan mengaku tidak bersalah atas tuduhan atas dua pertuduhan memukul dua pekerja di gerai di R&R Gambang, arah timur pada hari yang sama.

Sumber: Bernama | 3 Januari 2019

Khamis, 3 Januari 2019

ECRL could be back on track, albeit on smaller scale

KUALA LUMPUR: The East Coast Rail Link (ECRL) project, suspended in the middle of last year following Pakatan Harapan’s win in the 14th general election, could be back on track on a smaller scale, provided China agrees to the new terms.

Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the government is trying to tread a fine line in not spending beyond its means while also ensuring that China does not suffer losses.

“What we are trying to do is to ensure that we will not spend much money while China will not suffer a loss,” he was quoted as saying in an interview with Sin Chew Daily.

Malaysia, he said, is facing a dilemma on whether it should proceed with the project or terminate it altogether, as either option will see the government saddled with huge financial costs.

“We are negotiating - formally or informally - with them (the Chinese). To them, this is a profitable contract, so they are reluctant to make changes,” he said.

PH had, in its election manifesto, pledged to terminate the project as it said the contract and loan terms were unfavourable to Malaysia.

“But this is not easy as we were bound by the contract and could not terminate the project easily as we have no money to pay China… We have paid a lot of money to China after the postponement,” he was quoted as saying in the Dec 31 interview.

The RM81bil ECRL project was approved by former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s cabinet in October 2016. The construction was slated to be carried out by China Communication Construction Company Ltd (CCCC), with Export-Import Bank of China (Exim Bank of China) financing the project.

Malaysia was allowed to secure part of the loan from Exim Bank of China on the condition that CCCC builds the 688km rail link that would connect Port Klang in Selangor with Pengkalan Kubor in Kelantan.

Meanwhile, Dr Mahathir upheld that ECRL was a waste of money as the government would not get any returns from the rail project, and that there is no way for Putrajaya to tax the concessionaire.

He also cited the West Coast railway line, from which he claimed the government never made a single sen, despite its heavy usage.

“Along the ECRL route, there are less people and the people are mostly poor - not doing big business like the people along the West Coast railway line - so you cannot get your investment back.

“The returns from the project are close to ‘zero’ and we need to pay a RM55 billion debt,” added Dr Mahathir.

In the interview, he also denied claims that he was “pro-Japan, anti-China“, maintaining that he had even gone as far to defend China in a forum he attended in Japan.

“They asked me of my feelings on China. I said that Malaysia is always in touch with China and we are trading partners. We are always friendly to China,” he said.

Dr Mahathir also noted that China first arrived in Malaysia for trade centuries ago but it never colonised Malaysia, unlike the Portuguese.

“So, which countries should (you) fear? China or Europe?” he asked.

“The Chinese people used to know me as their friend. Now, I am said to be not friendly to them, just because our government is reviewing the ECRL and Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) projects?

“The Chinese government understands our financial problems. It is not that we don’t want (these projects), but (these) are bad projects in the first place and we cannot afford them,” Dr Mahathir said, adding that he would travel to China if it was necessary.

He also said that Putrajaya will not return the two giant pandas, given to Malaysia by China on May 21, 2014, earlier than the date agreed by both countries.

“No, this is a gift,” he said, while noting the pandas are a meaningful symbol of the bilateral relations between China and Malaysia and that Malaysia would treat the pandas with care.

He said the Cabinet has never discussed the matter and he knew nothing about the statement made by Water, Land and Natural Resources Minister Dr Xavier Jayakumar.

Dr Xavier said in November that Putrajaya would discuss with the Chinese government the status of the Giant Panda Conservation Programme in 2019, over its cost.

“The negotiations will have to be carried out with the China Wildlife Conservation Association on whether to continue keeping the giant pandas with the second cub,” said Dr Xavier, adding that the government spent RM4.6 mil for the pandas in 2018.

He added that the cost of managing the pandas is expected to increase to RM7.38mil in 2019.

Source: New Straits Times | 2 January 2019