KOTA BHARU: Penduduk berhampiran persisiran Pantai Cahaya Bulan di sini mula bersiap sedia untuk perpindah ke kawasan yang lebih selamat susulan paras ombak yang semakin tinggi berikutan ribut tropika Pabuk yang melanda negeri ini.
Seorang penduduk, Razali Rashid, 63, berkata ketika ini keluarganya telah memindahkan dokumen penting ke tempat yang selamat berjauhan daripada rumahnya yang terletak kira-kira 15 meter daripada pesisir pantai itu.
"Kami menyimpan dokumen tersebut di surau yang terletak 500 meter daripada rumah saya kerana dikhuatiri sekiranya limpahan ombak memasuki rumah kami.
"Barangan elektrik, saya simpan di tempat yang tinggi dan matikan suiz untuk mengelak daripada rosak dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama ketika membuat tinjauan di pantai berkenaan di sini, hari ini
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi telah memberi amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan pembentukan satu siklon tropika di perairan Laut China Selatan.
Razali berkata selain bersiap untuk berpindah, penduduk di kampung tersebut juga kerap memantau kawasan pinggiran pantai itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk berpindah.
"Sehingga kini tiada lagi penduduk berpindah, jika kami berpindah kami akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundur yang terletak dua kilometer dari sini atau menumpang rumah keluarga yang lain," katanya.
Muhammad Ridzuan Mustapa, 27, pula berkata walaupun penduduk kampung itu sudah terbiasa dengan ombak pasang namun ombak kali ini amat merisaukan penduduk di sini.
"Setiap tahun kami alami suasana ombak pasang, tapi kali ini amat menakutkan kerana diikuti dengan pengerakan angin. Kami risau kalau ombak pasang ini berlaku pada waktu malam," katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood berkata sehingga kini pihaknya belum menerima maklumat penduduk di kawasan yang terlibat berpindah.
"Kami sentiasa melakukan pemantauan dan memasang bendera tanda amaran di pesisir pantai.
"Orang awam jangan ambil tindakan berani melakukan aktiviti pantai bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan sebagainya," katanya.
Sumber: Bernama | 3 Januari 2019

Tiada ulasan:
Catat Ulasan