KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
akan membina 500 buah rumah mampu milik dengan jumlah pelaburan RM43
juta di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan dijangka siap pada 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, projek rumah mampu milik itu dilancarkan beberapa bulan lepas, sudah 10 peratus dalam proses pembinaan.
Menurutnya, PKINK akan membina 300 rumah kos sederhana di seluruh Kelantan dan pangsapuri servis yang dijangka siap menjelang akhir tahun depan.
“PKNIK akan membangunkan projek ‘waterfront’ (pesisir air) di Kota Bharu dengan pelaburan RM200 juta dan dijangka siap pada 2017 serta Tok Bali Marine Township. PKINK merancang membangunkan Bandar Baharu Sungai Terah yang dalam perbincangan akhir bersama pemaju.
“PKINK juga dalam perbincangan peringkat akhir bersama Kementerian Kewangan untuk membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di KB Cyber Plaza, Kota Bharu.
Pembinaan tersebut melibatkan RM43 juta. Ia dijangka beroperasi pada Julai 2015,” katanya yang berkunjung ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), kelmarin.

Sumber: Sinar Harian | 7 Disember 2014
PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN | PKINK | PROJEK RUMAH MAMPU MILIK | KOTA BHARU WATERFRONT | TEBINGAN KOTA BHARU | PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) KOTA BHARU | KB CYBER PLAZA
Admin..mohon update berita baru...
BalasPadam