Sebahagian daripada tempat letak yang dikuasai ulat parkir di kawasan Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, semalam. |
Lebih menyedihkan apabila mereka didakwa cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran letak kenderaan yang tidak berpatutan selain kawasannya pula tidak munasabah.
Semasa mendedahkan perkara itu, Pengerusi Biro Aduan Masyarakat Malaysia (Pertama), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, kegiatan tersebut semakin meluas kemungkinan disebabkan tiada pemantauan dari pihak berkuasa.
Malah menurut beliau, sejak kebelakangan ini pihaknya menerima banyak aduan mengenai kegiatan tersebut membabitkan bayaran letak kenderaan di kawasan awam.
“Kami mendapati sekurang-kurangnya tujuh kawasan letak kenderaan yang dikawal selia beberapa individu di sekitar kawasan tersebut.
“Ini termasuk di kawasan parking bermeter yang beroperasi sehingga pukul 6 petang tetapi mereka ambil kesempatan pada waktu malam untuk mengutip bayaran daripada pengunjung,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Fared berkata, kerajaan telah memberi kemudahan kepada rakyat dengan menyediakan kawasan letak kereta berkenaan tetapi kenapa perlu ada bayaran selepas masa itu.
“Pengunjung juga tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan. Selain mahal, cajnya tidak seragam, ada kawasan dikenakan RM2 dan ada kawasan RM3,” katanya.
Mohd. Fared menyifatkan, kegiatan tersebut tidak ubah seperti mengaut keuntungan mudah selain penindasan secara halus ke atas pengguna dan tidak sepatutnya berlaku di bawah pentadbiran kerajaan berteraskan prinsip Islam.
“Penindasan secara halus adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab sekali gus mencemar imej pasar tersebut yang telah menjadi kebanggaan rakyat negeri ini sejak sekian lama,” katanya.
Beliau menggesa pihak berkuasa memandang serius usaha mengatasi kegiatan tersebut kerana ia membabitkan isu rakyat atau pengguna.
“Kegiatan tersebut wajar diatasi demi kemudahan pengunjung serta menjaga nama baik kerajaan negeri sendiri,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Jenayah | 17 Oktober 2017 | Terbitan 18 Oktober 2017
Isu lapuk. Sepatutnya telah lama diselesaikan oleh pihak PBT berkaitan
BalasPadamSendiri buat taik, sendiri komplen.. Kah kah kah
BalasPadamKat danau kota pon sama,
BalasPadamKat danau kota pon sama,
BalasPadam