KOTA BHARU: Kerajaan
Kelantan hari ini menyifatkan masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini
sebagai masalah global yang turut dihadapi oleh negeri-negeri dan
negara lain.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Dr Ramli Mat menyalahkan apa yang berlaku ini kepada pengaruh rakan dan televisyen yang merosakkan terutama kepada golongan belia.
"...TV ini perlu memainkan peranan penting," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.
Md Alwi sebelum itu bertanyakan mengenai langkah kerajaan negeri membendung salah laku golongan muda di negeri ini yang banyak terbabit dalam gejala sosial terutama dadah.
Kerajaan negeri juga gagal memberikan jawapan tepat bila stadium yang akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh bakal siap.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood sebaliknya berkata ia mungkin boleh disiapkan jika kerajaan pusat dapat membantu dalam pembinaan stadium yang membabitkan kos lebih RM300 juta itu.
Ketika menjawab soalan Zulkifle Ali (BN-Selising), Abdul Fattah berkata surat niat terhadap satu syarikat yang akan membina stadium itu telah dikeluarkan bagi pembinaannya.
Bagaimanapun syarikat itu akan membina stadium yang hanya boleh memuatkan sebanyak 35,000 penonton dan bukannya 45,000 seperti yang diumumkan sebelum ini.
"...Kita akan menaik taraf untuk memuatkan lebih 10,000 orang lagi jika mempunyai sumber kewangan yang mencukupi," katanya.
Pecah tanah pembinaan stadium di tanah seluas lebih lapan hektar itu dilakukan pada Mac 2010 yang dijanjikan kerajaan PAS Kelantan sebagai stadium tercanggih di rantau ini.

Sumber: Bernama | 25 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan