Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 20 April 2018

Papan tanda PPR Kota Bharu di Jalan Kelochor disita

Mohamad Fatmi (kanan) menunjukkan papan tanda nama yang disita oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) petang semalam, di sini hari ini.
KOTA BHARU: Tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyita nama di papan tanda Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang hanya sempat dipasang selama dua jam di sini menimbulkan tanda tanya. 
 

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, tindakan MPKB itu dibuat tanpa mengeluarkan sebarang notis sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan. 
 

“PPR ini asalnya mendapat kelulusan nama sebagai PPR Kota Bharu dan kemudian telah mendapat kelulusan pindaan nama rasmi sebagai PPR Tan Sri Fatmi melalui surat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada awal April lalu. 
 

“Jadi, kita pelik walaupun sudah mendapat kelulusan KPKT dan tidak sampai dua jam papan tanda nama itu dipasang petang semalam, ia telah disita oleh MPKB tanpa sebarang notis dikeluarkan,” soalnya. 
 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau papan tanda nama yang disita, di sini hari ini. 
 

PPR Tan Sri Fatmi yang hampir siap keseluruhannya mengandungi 20 tingkat dan 1,000 unit rumah. 
 

Projek yang bernilai RM190 juta itu akan dijual kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan nilai seunit rumah RM 35,000. 
 

Menurut Mohamad Fatmi, beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan itu bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14. 

Sumber: Utusan Online | 20 April 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan