Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 11 April 2018

Najib rasmi pecah tanah GiatMara Prima Melor dan MRSM Ulul-Albab Ketereh

Najib merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat latihan GiatMara Prima Melor dan Maktab Rendah Sains Mara Ulul-Albab, Ketereh.
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat latihan GiatMara Prima Melor dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul-Albab, Ketereh di Kampung Padang Salim, Melor di sini hari ini.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM11.70 juta bagi membina Pusat GiatMara Prima Melor yang menawarkan lima kursus seperti Kursus Teknologi Automotif, Masakan dan Pramusaji serta kursus pengkhususan yang melibatkan komuniti setempat.

Pusat GiatMara Prima Melor merupakan dijangka mampu menampung seramai 100 pelatih dan dijangka siap pada Oktober 2019.

Manakala MRSM Ulul-Albab yang bakal dibina dengan peruntukan RM120 juta bermula Julai depan itu merupakan program yang bakal melahirkan generasi Ulul Albab yang berkebolehan menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahami tuntutan al-Quran.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sumber: Kosmo Online | 11 April 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan