Ab Aziz (dua, kanan) meninjau PPR untuk membuka kelas Tabika Kemas. |
GUA MUSANG: Kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan terlebih dahulu sebelum menempatkan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Persiaran Raya, di sini, dalam masa terdekat ini.
Ini bagi mengelakkan 1,000 keluarga yang ditempatkan di situ nanti menghadapi pelbagai masalah khususnya untuk menghantar anak ke Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika).
Adun Galas, Ab Aziz Yusof berkata, berikutan itu ada cadangan untuk membuka kelas Tabika di PPR tersebut sebelum di tempat penduduk kerana semua mereka telah berkeluarga.
Beliau mengakui 1,000 unit rumah PPR itu telah siap dibina dan menunggu pemilihan penduduk yang layak untuk ditempatkan di situ dengan dikenakan bayaran paling rendah.
“PPR itu adalah perancangan kerajaan untuk membela penduduk yang telah berkeluarga dan mempunyai pendapatan rendah,” katanya ketika melakukan lawatan ke PPR itu kelmarin.
Lawatan bersama Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan, Anuar Mohd Zain dan Penyelia Kanan Kemas Gua Musang, Abdul Manaf Mahmud ke PPR itu untuk meninjau ruang bagi membuka kelas Tabika Kemas.
Ab Aziz juga Naib Ketua Umno bahagian berkata, keutamaan menduduki rumah PPR itu di kalangan penduduk setinggan kerana kawasan setinggan berkenaan tidak lagi selamat.
Beliau berkata, bancian mengenai perkara itu telah dilakukan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan menunggu keputusan untuk menempatkan mereka di rumah PPR tersebut.
Katanya, bukan sahaja kelas Tabika Kemas akan dibuka di PPR itu, tetapi banyak lagi kemudahan lain akan turut dibuka termasuk ruang perniagaan.
“Kerajaan merancang dengan teratur bagi kemudahan penduduk yang tinggal di rumah PPR itu nanti dan tidak bersusah payah untuk keluar membeli belah di bandar.
“Sebaliknya, ada disediakan kedai menjual pelbagai barang keperluan dalam kawasan PPR tersebut, selain dewan besar bagi memudahkan majlis perjumpaan,” katanya.

Menurutnya, pembinaan tambahan sebanyak 500 unit lagi akan dilakukan tidak lama lagi kerana kini masih dalam proses penyelesaian tanah.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 10 Ogos 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan