KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
mengharapkan kerjasama daripada Kerajaan Kelantan untuk merealisasikan
pembukaan taman industri di negeri ini bagi menarik pelabur luar untuk
merancakkan iklim ekonomi.
Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sehingga kini belum ada sebarang maklum balas yang jelas daripada kerajaan negeri berhubung cadangan berkenaan.
"Respons Kerajaan Kelantan sehingga kini belum ada yang konkrit. Mungkin beberapa masalah perlu diperhalusi seperti masalah tanah yang berada dalam tanggungjawab kerajaan negeri.
"MITI telah memaklumkan kepada Kerajaan Kelantan berhubung keperluan ini (mewujudkan taman industri)," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pembuatan komponen barangan elektronik dari Jepun Rohm Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd di Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.
Mustapa berkata, taman industri itu perlu dibangun di sini kerana ia berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan berada berhampiran dengan laluan utama bagi menarik pelabur luar.
"Jika ini tidak berlaku, daya tarikan untuk mereka datang melabur mungkin tidak kesampaian," katanya.
Menurutnya, beliau telah melakukan yang terbaik untuk menarik pelabur luar dan menambah pada penghujung bulan ini beberapa pelabur dari Singapura akan hadir untuk melihat potensi pelaburan di negeri ini.
Katanya dua bulan lalu, lebih 20 delegasi pelabur dari Korea Selatan telah dibawa melawat ke negeri ini dan yakin mereka akan membuat pelaburan di Kelantan.
"Pada penghujung bulan ini saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mempromosikan pelaburan ke Kelantan yang akan dihadiri pegawai dari MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan kerajaan negeri sendiri," katanya.
Sementara itu Mustapa berkata syarikat Rohm Wako telah melabur hampir RM800 juta sejak lebih 20 tahun beroperasi dan setakat ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada seramai 1,700 pekerja anak tempatan.
Syarikat luar negara terbesar yang beroperasi di Kelantan itu merupakan pengeluar komponen antaranya bagi pembuatan telefon pintar, komputer riba dan untuk kenderaan hibrid.

Sumber: Bernama | 6 Ogos 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan