Mazlan (tiga, kiri) ketika mengadakan sidang media, semalam. |
KOTA BHARU: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Polis
Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah
geng ‘Kuning’ dengan penemuan 39,817 pil yaba seberat 4.3 kilogram di
dalam sebuah kereta diparkir di sebuah pasar raya, di sini, Ahad lalu.
Berikutan penemuan dadah di dalam kereta jenis Perodua MyVi itu, enam termasuk sepasang suami isteri bersama anak lelaki mereka berusia 2 tahun, ditahan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, serbuan jam 3 petang itu turut disertai anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Pasukan Khas Siasatan Bersepadu.
“Selain penahanan suami isteri, masing-masing berusia 27 tahun dan anak mereka itu, seorang lagi lelaki berusia 24 tahun yang ketika itu ada bersama mereka di dalam kereta tersebut juga ditahan.
“Mereka dipercayai baharu sahaja menerima bekalan daripada seseorang, sebelum bekalan itu akan dibawa untuk diedarkan kepada penjual di daerah ini,” katanya pada sidang media di IPK di sini, semalam.
Menurutnya, serentak dengan itu, dua lagi serbuan dilakukan iaitu satu di Kampung Buloh Poh, Ketereh, di sini, dan satu lagi di Kampung Gelung Gajah, Pasir Mas.
“Dalam serbuan sebuah rumah di Ketereh, kita menemui wang tunai RM100,746 dan seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan, manakala pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Pasir Mas menemui wang tunai RM246,067 dan Thai Baht 200,000”.
“Dalam serbuan di Pasir Mas itu, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan dan sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios juga dirampas di sebuah pasar, di sini. Semua rampasan dadah, wang tunai, tiga kereta dan barang kemas dipercayai hasil dadah berkenaan, keseluruhannya berjumlah RM1.5 juta,” katanya.
Mazlan berkata, pihaknya masih memburu saki-baki sindiket bertaraf ‘King Pin’ yang aktif menjalankan aktiviti pengedaran dan jual beli dadah dari negara jiran untuk dipasarkan ke negara ini, sejak awal tahun ini.
“Kejayaan menumpaskan geng yang menggunakan kenderaan serba kuning ini adalah kejayaan terbesar di Kelantan setakat tahun ini.
“Semua ditahan direman seminggu bagi bantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 27 Ogos 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan