KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) akan mewujudkan sebuah pusat rujukan mengenai asal-usul orang Melayu bagi kajian ilmiah dan pengetahuan am.
Timbalan Naib Canselornya Datuk Dr Muhamad Jantan berkata pusat rujukan itu juga berperanan sebagai pusat sumber kepada masyarakat tempatan dan orang asing yang ingin mengetahui mengenai asal usul orang Melayu.
"Melalui pusat rujukan tersebut orang ramai dapat mengetahui dengan lebih lanjut asal usul Melayu dari segi etnik, arkeologi, DNA (Asid Deoksiribonukleik) genetik dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas Seminar Asal Usul Melayu 2014 di sini, Isnin.
Lebih 250 peserta hadir pada seminar yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Muhamad berkata kewujudan pusat rujukan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan aktiviti ekonomi negara khususnya dalam bidang pelancongan.
"Ini kerana lebih ramai pelancong asing akan datang dan kita percaya mereka berminat untuk mengkaji mengenai etnik Melayu dari segi bahasa, sejarah dan macam-macam lagi," katanya.

Sumber: Bernama | 11 Ogos 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan