SHAH ALAM: "Jangan ambil tindakan keterlaluan untuk memboikot kerana
ia melanggar adab tujuan asal yang boleh memberikan persepsi negatif
terhadap orang Islam khususnya."
Itu pesanan Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
yang meminta rakyat faham matlamat sebenar boikot supaya tidak
menggunakan kekerasan kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak
Islam dan lunas undang undang.
"Sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil untuk
mengenakan tekanan, namun ia tidak mewajarkan tindakan secara fizikal
mahu pun lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan
batang tubuh atau emosi kepada pemilik premis dan pekerjanya," katanya,
semalam.
Beliau berkata, boikot bukan bertindak agresif seperti yang berlaku di dua cawangan makanan segera di Terengganu baru-baru ini sebaliknya gunakan saluran yang betul dan patuhi undang-undang.
“Kita pun tidak tahu siapa yang anjur kempen boikot itu sehingga difahamkan ada antara peserta yang membaling objek dan memaki hamun pekerja. Ini bukan boikot, tapi vandalisme terhadap restoran itu,” ujarnya.
Kelmarin dilaporkan sekumpulan peserta himpunan menyertai kempen boikot di depan restoran Mcdonald’s di dua cawangannya di Kerteh dan Dungun, Terengganu.
Himpunan yang diadakan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan difahamkan ada peserta yang bertindak agresif dengan membaling objek selain melemparkan kata-kata tidak elok kepada pekerja premis tersebut.
Mengulas lanjut, Hafidzi berkata, hak untuk memboikot adalah terpulang kepada individu masing-masing dan berharap jangan pula timbul isu memburukkan satu sama lain seagama dalam isu ini.
“Tidak perlu untuk kita mengutuk dan melakukan perbuatan yang keterlaluan seperti menyebarkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya di laman-laman sosial terhadap individu yang tidak memboikot McDonald’s.
“Begitu juga dengan pekerjanya, jangan pula dimaki hamun mereka hanya kerana bekerja di premis itu. Kalau mahu boikot, boikot sahaja produk makanannya, tidak perlu keterlaluan. Ini yang ramai tidak faham sehingga mereka menggunakan emosi dalam isu ini,” katanya.
Untuk mengelak perkara seperti ini diulangi oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demonstrasi atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis makanan segera terbabit.
Dalam pada itu, Hafidzi berkata masyarakat perlu sedar matlamat utama boikot yang sebenarnya bukan untuk menghentikan operasi perniagaan itu sebaliknya untuk memberikan tekanan supaya tidak lagi menyalurkan wang kepada Israel.
“Kita tidak mahu perniagaan yang sudah berkembang ini dihentikan begitu sahaja, tapi hanya beri tekanan kepada mereka.
"Boikot ini milik semua orang, ia sudah jadi kempen rakyat untuk nyatakan sokongan kepada rakyat Palestin,” kata beliau.

Sumber: Sinar Harian | Nasional | 7 Ogos 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan