Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 12 Ogos 2014

Malam budaya Malaysia, Indonesia dan Thailand di KB 23 Ogos

KOTA BHARU: Bagi memperkukuh jalinan dan melestarikan budaya serumpun antara Malaysia, Indonesia dan Thailand, satu program yang dikenali sebagai 'Malam Budaya Malinthai' akan diadakan di sini pada 23 Ogos.

Majlis tersebut dianjurkan Persatuan Penggiat Kebudayaan Malaysia-Indonesia bersama-sama Yayasan Kesultanan Palembang Darussalam.

Penasihat Malam Budaya Malinthai, Datuk Alex Ong berkata program bertaraf antarabangsa yang julung kali diadakan di Kelantan itu mampu mempromosikan Malaysia yang kaya dengan pelbagai seni budaya.

"Melalui program tersebut negara kita bukan hanya dapat mengetengahkan produk budaya tetapi mampu memberi keuntungan kepada kerajaan Kelantan melalui sektor pelancongan, sosial budaya dan perdagangan tiga hala," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin malam.

Antara pengisian menarik pada program tersebut adalah persembahan nyanyian lagu kebangsaan tiga negara , persembahan muzik etnik Kelantan dan persembahan dikir barat yang menjadi tunjang produk budaya Kelantan.

Katanya pihak Indonesia akan membuat persembahan Tepak Keraton manakala Thailand akan mengetengahkan persembahan Rambong.

Sumber: Bernama | 12 Ogos 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan