Sebahagian penduduk yang terpaksa menggunakan air karat sejak sekian lama sehingga menyebabkan baju melekat sisa karat dan mengundang masalah kegatalan kulit |
KOTA BHARU: Hampir 1,000 penduduk Kampung China, Peringat di sini menggunakan air karat sehingga menyebabkan kegatalan kulit dan sisa karat melekat pada pakaian sejak setahun lalu.
Masalah terbabit semakin meruncing bermula Disember lepas dan berlarutan hingga kini, sehingga menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan bekalan air bersih dengan membeli air botol untuk kegunaan membasuh, mandi dan memasak.
Penduduk, Surina Hassan, 44, berkata, masalah berkenaan berlarutan sejak sekian lama dan aduan telah dibuat kepada pihak berwajib, namun bekalan air bersih hanya diterima tidak sampai sebulan dan masalah air karat akan berulang.
“Lebih perit ketika sambutan Syawal ini, kami terpaksa membeli sehingga 20 botol dalam masa baru lima hari ini, untuk menyediakan juadah raya dan perkara terbabit amat memeritkan.

“Bukan itu sahaja, kami terpaksa kumpul pakaian yang dipakai pada pagi 1 Syawal lalu dalam bakul, dan hantar ke kedai dobi memandangkan air karat itu menyebabkan banyak pakaian rosak dan ada kalanya berbau seperti besi karat,” katanya ketika ditemui di kediaman semalam.
Surina berkata, ekoran masalah itu, dia semakin buntu dan mengharapkan tindakan proaktif dapat dijalankan pihak terbabit bagi menangani masalah yang membelenggu penduduk di kawasan itu sejak sekian lama.
Sementara itu seorang lagi penduduk, Hasnah Hamid, 51, berkata, ekoran bekalan air karat terbabit, dia serta keluarganya turut mengalami masalah kegatalan kulit yang menyebabkan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.
“Kami tidak tahan lagi dengan masalah ini, memandangkan air merupakan kegunaan utama untuk pelbagai urusan harian. Jika bekalan air berterusan seperti ini, ia akan mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada penduduk,” katanya.
Hasnah berharap situasi terbabit dipandang serius memandangkan ia libatkan ramai penduduk.
“Bukan itu sahaja pakaian putih dan kain sembahyang turut bertukar warna kuning dan saya terpaksa membasuh semula pakaian dan kain terbabit dengan merendamnya menggunakan cecair peluntur.
“Harapan kami agar perkara ini dapat diselesaikan dan penduduk dapat menikmati bekalan air bersih untuk kegunaan harian,” katanya.
Sementara itu Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Ir Hanafi Mahmood, berkata, pihaknya akan ambil tindakan segera dan kerja-kerja terbabit, dibuat pada waktu malam semasa tekanan air tinggi dan pengunaannya tidak di waktu puncak.
“Kita akan buat ‘flushing’ atau ‘scouring’ bagi mengurangkan sedikit karat dan setakat ini kontraktor sedang baiki loji di perol dan mengikut Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang awasi kerja-kerja tersebut, ia dijangka siap pada Ogos ini,”katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 2 Ogos 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan