Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 7 Ogos 2014

Mufti Kelantan: Boikot tapi tangan ada rokok

Papan tanda sebuah restoran makanan segera yang diconteng dengan semburan cat di kawasan Pengkalan Chepa, semalam.
KOTA BHARU: Umat Islam digesa memboikot barangan Israel secara profesional dan tidak beremosi hingga melanggar peraturan negara.

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad bersetuju barangan Israel diboikot, namun dalam usaha boikot tersebut, jangan pula melakukan kesalahan undang-undang.

“Kita perlu boikot untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Gaza. Jangan pula kata boikot barang Israel tetapi di tangan mereka ada rokok kerana rokok menyumbang kepada Israel.

“Langkah yang kita mahu ambil biarlah bijaksana, jangan mencerminkan kita emosional, tidak rasional, sebaliknya perlu profesional dan biar usaha boikot kita itu mencapai matlamat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai beberapa kejadian papan tanda sebuah restoran makanan segera disembur cat dengan tulisan ‘Boikot Israel’ di sekitar kawasan Pengkalan Chepa, di sini.

Mohd Shukri berkata, cara tersebut melanggar peraturan hingga menyebabkan tindakan vandalisme yang boleh mengganggu pemandangan awam.

Beliau berkata, sikap umat yang 'paling mahal' untuk menunjukkan sokongan terhadap Gaza ialah dengan bersatu-padu dan tidak berpecah-belah sesama sendiri.

“Apabila kita berpecah, hilang wibawa dan menyebabkan orang tidak menghormati kita, jadi perkara itu perlu dielakkan.

“Dalam hal ini, umat Islam diingatkan bersatu padu, setiap mereka perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan semangat berpuak-puak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 7 Ogos 2014

Rabu, 6 Ogos 2014

MITI perlukan kerjasama Kerajaan Kelantan bantu realisasikan taman industri

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengharapkan kerjasama daripada Kerajaan Kelantan untuk merealisasikan pembukaan taman industri di negeri ini bagi menarik pelabur luar untuk merancakkan iklim ekonomi.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sehingga kini belum ada sebarang maklum balas yang jelas daripada kerajaan negeri berhubung cadangan berkenaan.

"Respons Kerajaan Kelantan sehingga kini belum ada yang konkrit. Mungkin beberapa masalah perlu diperhalusi seperti masalah tanah yang berada dalam tanggungjawab kerajaan negeri.

"MITI telah memaklumkan kepada Kerajaan Kelantan berhubung keperluan ini (mewujudkan taman industri)," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pembuatan komponen barangan elektronik dari Jepun Rohm Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd di Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

Mustapa berkata, taman industri itu perlu dibangun di sini kerana ia berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan berada berhampiran dengan laluan utama bagi menarik pelabur luar.

"Jika ini tidak berlaku, daya tarikan untuk mereka datang melabur mungkin tidak kesampaian," katanya.

Menurutnya, beliau telah melakukan yang terbaik untuk menarik pelabur luar dan menambah pada penghujung bulan ini beberapa pelabur dari Singapura akan hadir untuk melihat potensi pelaburan di negeri ini.

Katanya dua bulan lalu, lebih 20 delegasi pelabur dari Korea Selatan telah dibawa melawat ke negeri ini dan yakin mereka akan membuat pelaburan di Kelantan.

"Pada penghujung bulan ini saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mempromosikan pelaburan ke Kelantan yang akan dihadiri pegawai dari MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan kerajaan negeri sendiri," katanya.

Sementara itu Mustapa berkata syarikat Rohm Wako telah melabur hampir RM800 juta sejak lebih 20 tahun beroperasi dan setakat ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada seramai 1,700 pekerja anak tempatan.

Syarikat luar negara terbesar yang beroperasi di Kelantan itu merupakan pengeluar komponen antaranya bagi pembuatan telefon pintar, komputer riba dan untuk kenderaan hibrid. 

Sumber: Bernama | 6 Ogos 2014

Selasa, 5 Ogos 2014

Restoran The Manhattan Fish Market yang pertama di Pantai Timur kini dibuka di KB Mall

KOTA BHARU: Rangkaian restoran The Manhattan Fish Market akan membuka 50 lagi restoran dalam tempoh lima tahun akan datang di negara ini menjadikan 75 buah kesemuanya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Davy Wee.

Beliau berkata rancangan sudah diatur untuk membuka premis baharu di Medan, Indonesia bulan ini.

"The Manhattan Fish Market ialah rangkaian restoran yang dibangunkan dalam negara dan bukan berasal dari Amerika Syarikat, sebaliknya diilhamkan oleh Manhattan, New York," katanya kepada pemberita pada pelancaran premis Manhattan Fish Market di KB Mall di sini pada Selasa.

Wee berkata pengunjung boleh memilih makanan laut yang direbus, panggang, bakar atau goreng.

"Restoran ini adalah yang pertama di Pantai Timur dan menghidangkan menu yang sama seperti di premis lain. Kami menjangkakan pengunjung akan mencuba hidangan di sini," katanya.

Sumber: Bernama | 5 Ogos 2014

Ahad, 3 Ogos 2014

Dua lagi KR1M di Kelantan

KOTA BHARU: Dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dirancang dibuka masing-masing di Machang dan Gua Musang tahun ini dalam usaha memenuhi permintaan tinggi daripada penduduk luar bandar.
 
Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan Ab Ghani Harun berkata cadangan mewujudkan dua KR1M itu kini menunggu kelulusan kementerian.
 
"Kedai Rakyat 1Malaysia mampu meringankan beban perbelanjaan masyarakat tempatan sejak diperkenalkan di negeri ini pada 2012," katanya kepada Bernama di sini.

Setakat ini, terdapat lima KR1M di negeri ini iaitu dua di Kota Bharu, masing-masing sebuah di Jeli, Tanah Merah dan Tok Bali di Pasir Puteh.

Ab Ghani berkata pelbagai barangan keperluan pengguna dijual pada harga rendah dengan kualiti yang sama, cuma berbeza dari segi pembungkusan.

Sementara itu, suri rumah Shamsiyah Deraman, 46, berkata KR1M menjimatkan perbelanjaan hariannya.

"Barangan di sini murah dan berdekatan dengan rumah saya... kualiti barangannya juga sama seperti di pasar raya.

"Apa yang penting wang yang disediakan untuk perbelanjaan dapur masih mempunyai baki untuk disimpan," kata wanita itu yang tinggal di Padang Tembak di sini.

Sumber: Bernama | 30 Julai 2014

1,000 penduduk guna air karat di Peringat

Sebahagian penduduk yang terpaksa menggunakan air karat sejak sekian lama sehingga menyebabkan baju melekat sisa karat dan mengundang masalah kegatalan kulit
KOTA BHARU: Hampir 1,000 penduduk Kampung China, Peringat di sini menggunakan air karat sehingga menyebabkan kegatalan kulit dan sisa karat melekat pada pakaian sejak setahun lalu.

Masalah terbabit semakin meruncing bermula Disember lepas dan berlarutan hingga kini, sehingga menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan bekalan air bersih dengan membeli air botol untuk kegunaan membasuh, mandi dan memasak.

Penduduk, Surina Hassan, 44, berkata, masalah berkenaan berlarutan sejak sekian lama dan aduan telah dibuat kepada pihak berwajib, namun bekalan air bersih hanya diterima tidak sampai sebulan dan masalah air karat akan berulang.

“Lebih perit ketika sambutan Syawal ini, kami terpaksa membeli sehingga 20 botol dalam masa baru lima hari ini, untuk menyediakan juadah raya dan perkara terbabit amat memeritkan.

“Bukan itu sahaja, kami terpaksa kumpul pakaian yang dipakai pada pagi 1 Syawal lalu dalam bakul, dan hantar ke kedai dobi memandangkan air karat itu menyebabkan banyak pakaian rosak dan ada kalanya berbau seperti besi karat,” katanya ketika ditemui di kediaman semalam.

Surina berkata, ekoran masalah itu, dia semakin buntu dan mengharapkan tindakan proaktif dapat dijalankan pihak terbabit bagi menangani masalah yang membelenggu penduduk di kawasan itu sejak sekian lama.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Hasnah Hamid, 51, berkata, ekoran bekalan air karat terbabit, dia serta keluarganya turut mengalami masalah kegatalan kulit yang menyebabkan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

“Kami tidak tahan lagi dengan masalah ini, memandangkan air merupakan kegunaan utama untuk pelbagai urusan harian. Jika bekalan air berterusan seperti ini, ia akan mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada penduduk,” katanya.

Hasnah berharap situasi terbabit dipandang serius memandangkan ia libatkan ramai penduduk.

“Bukan itu sahaja pakaian putih dan kain sembahyang turut bertukar warna kuning dan saya terpaksa membasuh semula pakaian dan kain terbabit dengan merendamnya menggunakan cecair peluntur.

“Harapan kami agar perkara ini dapat diselesaikan dan penduduk dapat menikmati bekalan air bersih untuk kegunaan harian,” katanya.

Sementara itu Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Ir Hanafi Mahmood, berkata, pihaknya akan ambil tindakan segera  dan kerja-kerja terbabit, dibuat pada waktu malam semasa tekanan air tinggi dan pengunaannya tidak di waktu puncak.

“Kita akan buat ‘flushing’ atau ‘scouring’ bagi mengurangkan sedikit karat dan setakat ini kontraktor sedang baiki loji di perol dan mengikut Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang awasi kerja-kerja tersebut, ia dijangka siap pada Ogos ini,”katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 2 Ogos 2014

Khamis, 24 Julai 2014

Maik cadang bina hotel, hospital sedia peluang pekerjaan golongan asnaf

Kompleks pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Lundang, Kota Bharu, Kelantan. 
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berhasrat membina sebuah hotel dan hospital bagi memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua Maik Datuk Nik Kamaruddin Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti lokasi iaitu di Jalan Datuk Pati di sini untuk pembinaan infrastruktur berkenaan.

"Pembelian tanah bernilai RM1.5 juta telah dibuat untuk tapak hotel dan kita jangka memulakan pembinaan tahun depan, namun ia turut bergantung kepada hasil kutipan zakat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Zakat di Kompleks Balai Islam di sini Khamis.

Pembinaan hospital dengan anggaran kos RM30 juta masih dalam perancangan awal.

Sebanyak 1,740 penerima termasuk imam, bilal dan siak daripada 580 masjid di negeri ini menerima zakat berkenaan.


Sumber: Bernama | 24 Jul. 2014

Selasa, 22 Julai 2014

Aeon will go to Kuching and Kota Bharu by 2016

KUALA LUMPUR: Aeon Co (M) Bhd is making headway in its plans to expand to Kuching and Kota Bharu by 2016.

The company is planning its expansion to the two cities, with the land for the new stores already being identified.“We have identified the locations, and are in the planning stage. 

“Very soon, it’ll be in the construction stage and that will take about two years to complete. “So, by 2016, you will be able to see these new markets Aeon will be in,” managing director Nur Qamarina Chew told a press conference after the company AGM here yesterday. 

The average size of the land would be between 20 acres and 25 acres each, added chairman Datuk Abdullah Mohd Yusof. 

Aeon has targeted to expand into Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah and Sarawak over the next five years. 

This year alone, Aeon will be opening three new Aeon outlets as well as two MaxValu stores.Two of the three new outlets will be part of the new shopping centres in Bukit Mertajam and Taiping. It will also be an anchor tenant in a shopping mall in the Kuala Lumpur business district. 

Although consumer sentiment is expected to be subdued going into 2015, especially with the goods and services tax (GST) coming on-stream in April 2015, Aeon is prepared to weather any downturn in consumer sentiment. 

Nur Qamarina said that following the Japanese experience, there is a likelihood that customers would buy more high-priced items prior to the introduction of the GST. 

“So, the two months before the GST goes live, it will be a good chance for us to do some promotional strategies,” she said.

Nur Qamarina added that any negative impact from the GST would be “stabilised” by the Hari Raya season in June next year.This year, Aeon is also looking to introduce new food and lifestyle brands. 

“We are moving in phase by phase to differentiate ourselves and to create a better shopping experience for our customers rather than to just hard sell and offer low prices,” said Nur Qamarina. 

Aeon recorded a slightly lower net profit of RM46.88mil for the first quarter ended March 31, 2014, compared with RM51.11mil a year ago. 

The decrease was due to higher utilities and promotion expenses, as well as initial costs associated with new store openings.

However, revenue for the quarter rose 8.8% to RM945.51mil from RM869.27mil in the same quarter last year, on the back of higher revenue from the group’s retail business and property management services segments. 

Source: The Star Online | 16 May 2014