Projek menstabilkan Sungai Golok berjalan lancar dan masalah banjir dapat dikurangkan. Foto: New Straits Times |
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata,
di bawah RMK-10 ini, kerajaan akan melaksanakan rancangan menstabilkan
tebing sungai berkenaan di sepanjang 30 km lagi dengan melibatkan kos
sebanyak RM100 juta.
"Sebelum ini tebing-tebing di sepanjang 61 km di Sungai Golok telah
kita laksanakan dengan kos sebanyak RM97 juta dan ia telah mula
dilaksanakan sejak daripada RMK-6 lagi.
"Untuk RMK-10 ini kita akan laksanakan lagi 30 km dengan kos sebanyak
RM100 juta yang akan melibatkan beberapa buah kampung seperti Kampung
Pengkalan Kubor, Pulau Ular, Pekan Bukit Bunga dan beberapa lagi.
"Selepas siapnya projek ini dijangkakan pada tahun 2015, kita akan
terus melaksanakan lagi 30 km yang tinggal dalam RMK-11," katanya kepada
pemberita selepas majlis Sambutan Aidilfitri JPP Kelantan di sini hari
ini.
Makhtar berkata, dengan penstabilan sungai berkenaan, aktiviti
seperti penyeludupan akan dapat dikurangkan selepas ini di samping dapat
menghapuskan jeti haram di sepanjang sungai berkenaan.
"Selepas projek ini siap, kira-kira 148 jeti haram yang dikenal pasti
ini akan dapat dihapuskan, seterusnya mampu mengurangkan masalah
penyeludupan di negeri ini," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Timur | Terbitan 29 Ogos 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan