Menu roti jala dan roti nan mula diperkenalkan Zaiton awal 1990 mendapat sambutan sehingga kini. |
Peniaga makanan, Zaiton Manzar,56, berkata, menu roti jala pertama kali diperkenalkan di pekan Gunong dan ketika itu penduduk Gunong masih belum mengenali menu tersebut.
“Mereka tertukar dengan kuih jala emas, iaitu sejenis kuih manis yang dibuat dari kuning telur yang menjadi kegemaran orang Kelantan.
“Sejak pertama kali berniaga roti jala, orang ramai mula menggemarinya dan saya banyak mendapat tempahan untuk roti jala setiap kali ada majlis keraian atau musim perayaan,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadhan Jelawat dekat sini.
Sempena Ramadan kini juga Zaiton berniaga roti nan iaitu satu-satunya menu seumpamanya yang dijual di bazar tersebut.
Katanya, roti nan juga mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai yang menggemarinya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan. “Saya dibantu anak, Farhan Ismail,25, yang tahu serba sedikit dalam pembuatan menu ini.
“Insya-Allah kalau ada permintaan musim perayaan nanti pun saya akan terima,” katanya yang turut berniaga di Pasar Gunong ketika sebelum Ramadhan.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Ogos 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan