Datuk Seri Mustapa Mohamed. |
Beliau berkata jambatan yang akan dibina itu adalah sepanjang satu kilometer dan menelan belanja kira-kira RM16 juta. "Laluan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan Kota Baharu ke Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir terutama ketika musim tengkujuh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) Kelantan, di sini, hari ini.
Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata dengan adanya jambatan tersebut, ia diharap dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu.
"Setiap tahun, sekurang-kurangnya sebanyak empat kali pengguna jalan raya akan mengalami masalah banjir sekali gus menyebabkan terputus laluan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata kerajaan Persekutuan turut mengutamakan perkara berkaitan kerohanian dengan mengadakan program dakwah dan majlis ilmu secara berkala.
"Walaupun program yang kita adakan sering dipertikaikan oleh kebanyakan pihak, namum saya rasa usaha ini harus diteruskan bagi memperkasakan sebuah negara yang memperjuangkan agama Islam, " katanya.
Sumber: BERNAMA | 4 Ogos 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan