Masjid Razaleigh di pusat bandar Gua Musang (Bandar Lama). Foto ihsan: Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) |
FOKUS KELANTAN
Fokus Kelantan merupakan gerbang informasi anak-anak Kelantan dan Pantai Timur terutamanya berkaitan pembangunan negeri, belia dan sukan (bola sepak, Muay Thai, bina badan dll), kesihatan dan kecergasan, kebersihan, pelancongan, pengangkutan dan perhubungan, kempen antidadah, dan sebagainya yang berkaitan dengan negeri Kelantan, wilayah Pantai Timur, dan kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Kota Sultan Ismail Petra
Sabtu, 2 Januari 2021
Masjid Razaleigh bakal dibuka April
Jumaat, 18 Disember 2020
Projek pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu KB Sentral dijangka bermula 2021
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelaburan Kelantan telah mengeluarkan notis pelawaan untuk mengemukakan cadangan atau request for proposal (RFP) bagi tujuan pembangunan sebuah Terminal Pengangkutan Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Dokumen RFP tersebut telah mula dijual dari 13 Disember 2020 sehingga 12 Januari 2021, manakala tarikh tutup penghantaran RFP adalah pada 11 Februari 2021.
KB Sentral akan dibangunkan di atas tapak seluas 17.37 ekar yang terletak di Mukim Pendek, Daerah Pendek, Jajahan Kota Bharu yang akan menjadi terminal bas ekspres utama bagi bandar raya Kota Bharu.
Projek KB Sentral dijangka dapat dimulakan seawal pertengahan tahun 2021 dan apabila siap kelak, ia akan menjadi sebuah pusat logistik utama negeri, manakala semua operasi bas ekspres di Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh akan dipindahkan ke sini.
Projek ini boleh dianggap sebagai salah satu penanda aras atau kemudahan yang perlu ada bagi melayakkan Kota Bharu mencapai taraf bandar raya penuh pada tahun 2023.
Selasa, 8 Disember 2020
Hotel Ibis Styles Kota Bharu kini dibuka
KOTA BHARU: Rantaian hotel antarabangsa Ibis Styles telah membuka satu lagi cawangannya di Malaysia, iaitu di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Disember 2020. Ibis Styles merupakan jenama hotel kelas ekonomi yang menyediakan penginapan gaya mewah bertaraf tiga bintang. Jenama ini dimiliki dan diuruskan Kumpulan Accor yang berpangkalan di Perancis.
- Bilik superior dengan 1 katil kelamin (superior room with 1 double bed)
- Bilik superior dengan 2 katil bujang (superior room with 2 single beds)
- Bilik keluarga dengan 1 katil sofa (family room with 1 sofa bed)
- Suite mewah dengan 1 katil kelamin (deluxe suite with 1 double bed)
- Kota Bharu - Kuala Lumpur (penerbangan harian)
- Kota Bharu - Kota Kinabalu (3 kali seminggu, iaitu setiap Selasa, Khamis, dan Sabtu)
- Kota Bharu - Kuching (3 kali seminggu, iaitu setiap Selasa, Khamis, dan Sabtu)
- Kota Bharu - Pulau Langkawi (3 kali seminggu, iaitu setiap Selasa, Khamis, dan Sabtu mulai 19 Disember 2020)
- Kota Bharu - Johor Bahru (3 kali seminggu, iaitu setiap Selasa, Khamis, dan Sabtu mulai 22 Disember 2020)
- Kota Bharu - Pulau Pinang (3 kali seminggu, iaitu setiap Selasa, Khamis, dan Sabtu mulai 22 Disember 2020)
Isnin, 30 November 2020
Lebuh Raya CSR, KBKK dijangka siap 2025 - Mustapa
Mustapa Mohamed |
CSR, KBKK Expressway projects set to be ready in 2025 - Mustapa
Mustapa Mohamed |
Rabu, 4 November 2020
LADA laksana promosi di Kelantan tarik pelancong Pantai Timur ke Langkawi
LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama-sama pemain industri akan mengadakan program promosi di Kelantan bagi menarik pengunjung dari Pantai Timur ke pulau peranginan bebas cukai itu, seterusnya merancakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Selasa, 3 November 2020
Laksana segera lima projek mega di Kelantan
Mohd. Amar Abdullah (tengah) mengadakan lawatan Pameran Tiga Dekad Pentadbiran Kelantan Membangun Bersama Islam di Muzium Negeri hari ini. |
Lima projek tersebut adalah pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), laluan baharu antara Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, dan Jambatan Palekbang - Penambang (Kota Bharu).
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata, bagi pembinaan Jambatan Palekbang - Kota Bharu, ia akan memulakan kerja pembinaan awal tahun depan.
Katanya, bagaimnapun, masih ada projek yang belum selesai kerana terdapat isu berkaitan tender seperti pembesaran dan naik taraf LTSIP.
“Kita harap projek mega itu dapat dilaksanakan pada tahun depan seperti yang dijanjikan kerajaan pusat sebelum ini (tahun lepas)
“Ia juga merupakan harapan besar rakyat Kelantan terhadap perkara itu terus berjalan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Pameran Tiga Dekad Pentadbiran Kelantan Membangun Bersama Islam di Muzium Negeri di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa Kelantan bakal mendapat limpahan pembangunan apabila lima projek utama akan diberi keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan dalam tempoh terdekat.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Amar berkata, Bajet 2021 yang akan dibentangkan nanti berharap mampu menangani penularan wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi.
“Kita tahu negara menghadapi pandemik Covid-19 dan pelbagai langkah diambil kerajaan dalam membantu meningkatkan ekonomi,” katanya.
Sumber: Kosmo Online | 2 November 2020