Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 12 Julai 2017

Ribut landa HUSM, siling wad pediatrik runtuh


Aina Mardiah, 27, menunjukkan siling tercabut dalam kejadian ribut di Wad Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu malam tadi.
KOTA BHARU: Seorang ibu bersama dua anaknya termasuk berusia 10 bulan berdepan detik cemas apabila siling Wad Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini runtuh menghempapkan mereka malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu turut menyebabkan tingkap serta siling wad yang menempatkan 24 pesakit kanak-kanak itu pecah.

Bagaimanapun tiada kemalangan nyawa dan kecederaan teruk dilaporkan berlaku. Kejadian tersebut disebabkan hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan itu.

Sementata itu, mangsa, Aina Mardiah, 27, berkata, ketika kejadian, dia berada di atas katil bersama dua anaknya, Faiz Iskandar Mohd. Faizal, dan Nur Auliya Batrisya.

"Hujan lebat serta ribut kuat telah mengakibatkan beberapa siling tercabut dan menghempap saya dan anak.

"Ketika itu, saya hanya fikir keselamatan anak-anak sahaja. Saya kemudian lari membawa mereka ke kawasan selamat kerana bimbang keadaan akan jadi bertambah buruk," katanya ketika ditemui di HUSM sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah HUSM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan tiada pesakit yang mengalami kecederaan.

Sumber: Utusan Online | Nasional | 12 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan