KUALA TERENGGANU: Walaupun pelbagai maklumat dan galakan mengenai sijil
halal diberikan kepada pengusaha kopitiam di negeri ini, mereka dilihat
tidak mengendahkan dan tidak berusaha mendapatkan sijil halal dari
pejabat agama.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mohd Rozali Saleh (gambar) berkata, perkara ini telah lama diberitahu dan sehingga kini pihaknya belum mendapat permohonan daripada pengusaha kopitiam di negeri ini melainkan sebuah kopitiam di Kemaman, sebelum ini.
“Perkara ini bukan diwajibkan kepada pengusaha kopitiam, tetapi ia adalah galakan bagi memastikan semua bahan yang mereka gunakan dalam setiap makanan yang dijual adalah dari sumber yang halal.
“Mungkin perlu melalui beberapa prosedur sehingga menyebabkan mereka enggan berbuat demikian, tambahan pula, pengguna termasuk orang Islam sentiasa datang untuk menjamu selera di kopitiam mereka,” katanya.
Mohd Rozali berkata, sebagai pengguna, orang ramai terutama umat Islam perlu bijak memilih dan tidak memandang remeh berkaitan isu halal haram dalam makanan kerana ia akan menjadi darah daging.
“Kita mahu mereka miliki sijil halal bagi menjamin makanan yang dijual boleh dimakan oleh orang Islam, malangnya, di Terengganu kebanyakan pengusaha kopitiam masih belum memohon dan memiliki sijil halal.
“Sekiranya kita mahu mereka mendapatkan sijil halal, kita perlu memilih untuk tidak berkunjung ke kopitiam mereka, itu sahaja. Kita tidak boleh memaksa dan sebarang keputusan terletak di tangan pengguna,” katanya.
Menurut Mohd Rozali, untuk memohon sijil halal adalah mudah dan mereka boleh ke Maidam untuk mendapatkan borang.
Bagaimanapun, untuk mendapatkan sijil halal, itu yang mengambil masa yang agak lama, mungkin sekitar dua bulan kerana kopitiam itu perlu melalui proses pengauditan untuk mengkaji bahan masakan yang digunakan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Terengganu | 9 Okt. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan