KOTA BHARU: Kunjungan dan lawatan kerja YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak ke Kota Bharu, Kelantan pada 20 Januari 2013 telah mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan negeri Kelantan.
Tujuh projek besar tersebut adalah seperti berikut:-
- Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK)
- Stadium baharu
- Masjid negeri yang baharu dan terbesar di negeri Kelantan
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan permulaan 3,000 unit
- Pembinaan kampus baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Bharu
- Mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu
- Projek menyelesaikan masalah bekalan air
Projek yang telah dan sedang dilaksanakan
Daripada tujuh projek yang disenaraikan di atas, hanya empat projek yang telah dilaksanakan (yang diserlahkan), iaitu (1) pembinaan Lebuh Raya KBKK; (4) pelaksanaan enam projek perumahan kos rendah di jajahan-jajahan Kota Bharu, Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Machang; (4) pembukaan kampus baharu UiTM Kota Bharu di Lembah Sireh; dan (7) perjanjian penstrukturan semula bekalan air Kelantan yang telah dimuktamadkan dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 14 September 2016.
Jajaran Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) yang menjadi sebahagian daripada Lebuh Raya Utama Tengah (CSR). |
Perkembangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu pada 3 Julai 2017. Foto ihsan: Arte Axis Design Group |
Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. |
Sistem Pengangkutan Rapid Kota Bharu
Kerajaan Persekutuan menerusi Prasarana Malaysia Berhad diminta menyegerakan usaha untuk mewujudkan sistam pengangkutan awam yang cekap dan moden di ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Jika dilaksanakan kelak, sistem bas Rapid Kota Bharu (RapidKB) mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar raya Kota Bharu yang semakin pesat membangun.
Setakat ini, sistem pengangkutan Rapid telah diperkenalkan di empat buah kawasan, iaitu Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (RapidKL); Pulau Pinang (RapidPenang); Kuantan, Pahang (RapidKuantan); dan Taiping, Perak (RapidKamunting).
Projek-projek lain
Setakat ini, dua lagi projek yang dijanjikan iaitu pembinaan stadium baharu dan masjid terbesar di negeri Kelantan masih belum bermula. Pada pendapat penulis, dua projek ini bukanlah keutamaan bagi rakyat Kelantan pada ketika ini. Hal ini kerana Stadium Sultan Muhammad IV di pusat bandar raya Kota Bharu masih boleh digunakan dan stadium ini hanya perlukan pengubahsuaian dan projek naik taraf untuk keselesaan pengguna.
Namun begitu, Kelantan sangat memerlukan sebuah stadium tertutup berkapasiti untuk pelbagai acara sukan tertutup sama seperti Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor atau Arena Axiata (dahulunya dikenali sebagai Stadium Putra) di Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Namun begitu, Kelantan sangat memerlukan sebuah stadium tertutup berkapasiti untuk pelbagai acara sukan tertutup sama seperti Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor atau Arena Axiata (dahulunya dikenali sebagai Stadium Putra) di Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam masa yang sama, bilangan masjid sedia ada di Kelantan sudah mencukupi untuk menampung keperluaan penduduk setempat termasuklah di ibu negeri Kelantan.
Sumber: Gerbang Kota Bharu | www.gerbangkotabharu.blogspot.com
Sumber: Gerbang Kota Bharu | www.gerbangkotabharu.blogspot.com
Apabila mempunyai hubungan yang baik Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan semua projek amat mudah untuk dilaksanakan. Yang penting adalah sikap DS Perdana Menteri yang mengutamakan kebajikan dan keperluan rakyat walaupun di negeri yang mempunyai kerajaan berbeza. Semoga Kelantan akan terus maju seiring pembangunan di negeri lain.
BalasPadamPertubuhan Nabawiah Global amat perihatin diatas pembangunan bandar baru diKota Baru Kelantan yang belum mencapai matlamat.Kami bercadang untuk membangunkan semula projek tersebut dan akan membina bandar tersebut dengan pembinaan ikon terkenal PEMBINAAN MUZIUM QURAN ANTRABANGSA SULTAN MUHAMMAD KE 5. Dengan ada nya mercu tanda ini Kelantan di turunkan rezeki Allah bagi"Rahmatan Alamin" cemerlang dengan konsep Islamiah Serambi Mekah akan bersinar kembali dan akan di cemburui oleh negeri negeri di rantau ASIAN dan negara APAC. Saya minta Kerajaan Negeri Kelantan sedia berbincang dengan saya Presiden untuk berbincang tentang pelaburan di atas. Email:muziumnabawiah5404.21@gmail.com
BalasPadamWith Respect to the Honourable YB DATO' Chief Minister of Kelantan State, and the YB Dato',members of the State Development Exco. In the name of Islamic Solidarity of Islamic State, we had announced The Organization Nabawiah Global will look upon this issue and with the Blessing Of Allah The Mighty, and with the sovereignity ruller, DYMM Sultan Of Kelantan Tuanku Muhammad the Fifth. and as the President of the organization which had a vast experience on the economic development of local and broad, is ready willing to co-operate and discuss for the best strategic approach to foster the "Serambi Mekah" of Kelantan into new era of 2020-2050.
BalasPadam