Sazali Samad menunjukkan surat
jemputan menyertai kejohanan angkat berat di Shanghai China, baru-baru ini.
|
Keadaan itu juga menyebabkan dia mengambil sikap tidak kisah tentang hukuman yang akan dijatuhkan oleh MBBF ekoran tindakannya menyertai Kejohanan China Sport Show Fearless Bodybuilding Physique & Bikini di Shanghai, baru-baru ini.
“Kalau MBBF tambah tempoh penggantungan saya sekalipun, saya sudah tak peduli. Saya akan teruskan aktiviti saya.
“Saya pun nak hidup, nak sara anak bini dengan karier sebagai ahli bina badan, macam itulah saya menyara kehidupan,” kata Sazali, 51, ketika ditemui di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, hari ini.
Sazali hadir bersama isteri, Hashrine Hashim yang juga pengurusnya bagi memberikan penjelasan susulan kontroversi penyertaannya di Shanghai walaupun masih dalam tempoh penggantungan empat tahun selepas didapati gagal ujian doping pada 1 September 2015.
Tindakannya itu melanggar peraturan sekali gus berdepan kemungkinan dikenakan penggantungan tambahan.
Jelas Sazali berkata dia sudah memberi penjelasan kepada MBBF dengan menegaskan penyertaannya dalam kejohanan berkenaan atas pembiayaan sendiri, secara individu dan tidak mewakili mana-mana persatuan selain mendapat jemputan ke sana.
“Walaupun salah sekalipun, tapi itu kata pihak mereka (MBBF), tetapi saya ikutkan kata hati, saya kata nak pergi, maka saya pergi. Kita tengok apa saja keputusan nanti.
“Kalau ikutkan memang mereka mengatakan saya tidak boleh pergi kerana ia tertera dalam peraturan. Tapi saya tahu apa sebab saya boleh pergi, salah laku daripada pihak mereka pun ada. Jadi, mereka kena ada budi bicara dengan saya.
“Saya tak tahu kena tindakan atau penambahan lagi, tapi itu terpulang kerana mereka yang membuat keputusan. Selepas Raya Aidilfitri akan lebih banyak kejohanan besar yang akan disertai,” ujarnya.
Dalam masa sama, Sazali turut mengakui sudah ‘tawar hati’ untuk bertanding atas nama Malaysia sekiranya dipanggil semula selepas tempoh penggantungannya tamat, tahun depan.
Sementara itu, Setiausaha Agung MBBF, Kamarulzaman Kadir memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Sumber: Utusan Malaysia | Sukan | 6 Jun 2018 | Terbitan 8 Jun 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan