Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 26 Mac 2014

MH370: Islam beri tempoh hingga 4 tahun sabit kematian - Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian bagi kehilangan seseorang yang tidak diketahui kedudukannya.

Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Abdul Hadi berkata maklumat yang dihasilkan daripada satelit adalah tidak terperinci.

"Tetapi itu terpulang pada kerajaanlah untuk menentukan hal-hal (sabit kematian) seperti ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada 8 Mac.

Sumber: Bernama | 25 Mac 2014

Selatan Lautan Hindi seperti kawah buih putih dengan ombak ganas - pakar

Gelombang besar menghempas daratan pulau di Lautan Hindi. Laut bergelora, hujan lebat dan awan rendah adalah kejadian harian di lautan itu terutama semasa musim sejuk.
IA merupakan sebuah tempat yang amat dahsyat. Apabila musim sejuk tiba, selatan Lautan Hindi telah digambarkan sebagai tempat yang paling teruk di dunia.

Cuaca yang tidak menentu, keadaan berbahaya, ombak ganas dan laut bergelora semua ini menunjukkan satu keadaan menakutkan, walaupun untuk kapal-kapal besar. Bagi anggota penyelamat yang cuba untuk merungkai misteri MH370 di kawasan ini, ia seolah-olah satu mimpi ngeri.

Musim sejuk Antartika dijangka akan memberi kesan serius terhadap usaha carian di 2,500 km di luar pantai barat Australia untuk beberapa minggu dan bulan akan datang.

Meteorologi penerbangan dan perunding udara serta laut meramalkan masa yang sukar untuk pesawat dan kapal-kapal di Lautan Hindi, juga misi carian mencabar dengan musim sejuk selama lapan bulan di kawasan ini membawa kepada ombak besar yang ganas dan tiupan angin kencang.

Perunding keselamatan penerbangan, Geoffrey Thomas yang terlibat dengan penerbitan perniagaan industri penerbangan airlineratings.com memberi amaran bahawa cuaca yang dialami pada masa kini hanyalah semata-mata satu 'rasa' kepada keadaan sebenar yang tidak lama lagi akan lebih menghampiri kawasan carian.

"Keadaan yang amat sejuk sedang menghampiri. Keadaan laut akan bergelora, hujan lebat dan awan yang rendah," katanya. "Laut akan menjadi seperti sebuah kawah buih dengan warna putih yang melitupi, berserta ombak ganas. Tidak ada gunanya dan berbahaya untuk berada di sana."

Thomas memberitahu London Mail Online bahawa keadaan semasa itu merupakan suatu alamat yang tidak menyenangkan. "Ini adalah permulaan musim sejuk," katanya.

"Keadaan seperti hari ini adalah kejadian yang berlaku setiap hari di kawasan lautan ini. Ia adalah musim sejuk selama lapan bulan pertama untuk tahun ini dan dalam tempoh itu, ia adalah tempat yang paling dahsyat di dunia. "Laut bergelora dan mengganas dan tiupan angin yang melampau."

Thomas berkata dengan keadaan seperti itu, untuk mendapatkan semula bangkai pesawat mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau tahun.

"Pesawat akan terus mencari serpihan dari MH370, walaupun ia amat sukar. Anda bersama-sama angin dengan pada 200 kilometer per jam dan di sana ia boleh lenyap sekelip mata. "Itulah cabaran mencari dan kemudian mendapatkan serpihan.

"Tetapi cabaran terbesar dalam semua adalah mencari pesawat di bahagian bawah lautan, di lokasi kemalangan sebenar. Jika ini adalah kes juruterbang bunuh diri seperti beberapa dakwaan, anda tidak boleh memilih tempat yang lebih baik dan anda tidak mungkin akan menemuinya."

Konsultan meteorologi dan bekas penasihat penerbangan tentera Universiti Newcastle, Martin Babakhan berkata keadaan musim sejuk di kawasan carian bermakna usaha untuk mendapatkan semula kapal terbang itu akan menjadi terhad dan bergantung kepada cuaca.

"Peralihan musim telah bermula dan itu bererti udara sejuk dari Antartika bergerak ke atas dan udara panas bergerak ke bawah mewujudkan peristiwa cuaca yang teruk," kata Babakhan.

"Akan ada tempoh yang baik untuk menyambung semula carian, seperti dalam tempoh 24 jam akan datang, tetapi carian akan sentiasa tergendala sepanjang tempoh musim luruh ini."

Keadaan yang dikenali sebagai The Roaring Forties ini berlaku di antara kira-kira 40° dan 50° latitud di hemisfera selatan terletak dalam zon peralihan antara lebih tenang, nyaman dan zon dingin Kutub Selatan.

Sumber: mStar Online | 26 Mac 2014

Bagaimana para jurutera membuat rumusan MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi?

Ibu Pejabat Inmarsat di London.
LONDON: Para jurutera syarikat satelit United Kingdom, Inmarsat Plc bertungkus lumus selama beberapa hari dalam satu pencarian maraton untuk mengenal pasti titik terakhir laluan sebenar pesawat Penerbangan Malaysia MH370 menerusi data yang mereka perolehi hasil 'komunikasi' di antara pesawat malang itu dengan satelit Inmarsat selepas ia disahkan hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing 8 Mac lalu.

MH370 sepatutnya mendarat di ibu negara Republik Rakyat China itu pada awal pagi Sabtu tetapi ia tidak kunjung tiba manakala radar terputus hubungan dengan pesawat itu lebih kurang dua jam selepas ia berlepas dari KLIA.

Dua hari kemudian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan yang MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal sebagai hilang dan gerakan mencarinya sedang diperluaskan ke kawasan yang disyaki sebagai berpotensi untuk mendarat.

Dua minggu kemudian, Najib mengumumkan yang penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - penemuan konklusi yang beliau rujuk kepada hasil analisis data yang diperoleh daripada satelit Inmarsat dan siasatan yang disahkan sebagai kukuh oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Namun begitu laporan awal yang diterima daripada salah sebuah satelit Inmarsat pada 11 Mac lalu iaitu tiga hari selepas pesawat berkenaan hilang adalah permulaan kepada konklusi ini dan membantu para jurutera dan pasukan siasatan antarabangsa untuk mengecilkan pusat pencarian kepada koridor utara dan selatan bermula dari tempat terakhir ia dikesan oleh radar tentera Malaysia di Butterworth.

Pada hari-hari berikutnya selepas data itu diperoleh, para jurutera telah menggunakan satu kaedah yang dianggap sebagai kiraan matematik yang tradisional tetapi ternyata berkesan berjaya menjuruskan carian ke selatan Lautan Hindi.

Jadi, bagaimanakah para jurutera ini mengenalpasti yang koridor selatan adalah laluan sebenar pesawat berkenaan?

Kesimpulan mereka adalah berasaskan penyelidikan yang dipanggil Kesan Doppler - satu teori yang dinamakan sempena saintis fizik bernama Christian Doppler yang mengesyorkan bahawa frekuensi sesuatu gelombang bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek berubah mengikut jarak daripada pemerhatinya.

Dalam kes unik ini, MH370 telah menghantar 'ping' sebanyak enam kali kepada satelit Inmarsat dalam tempoh enam jam ketika ia sedang terbang tanpa dikesan di atas Lautan Hindi dengan transponder di dalam pesawat itu tertutup.

Gelombang bunyi 'ping' itu - yang ditermakan sebagai tanda menjabat tangan - dihantar menerusi antena Boeing 777 tersebut kepada salah sebuah daripada 10 satelit Inmarsat. Sebagai respon, satelit yang menerima isyarat gelombang bunyi tersebut terus menghantar isyarat semula kepada pesawat MH370 setiap jam selagi ia masih berfungsi dan bergerak sebagai 'tanda isyarat diterima.'

Isyarat 'ping' tersebut terhenti selepas jam yang keenam - menandakan yang pesawat berkenaan tidak lagi berfungsi dan mengeluarkan gelombang isyarat.

Hasilnya, para jurutera di Inmarsat membuat kiraan menggunakan teori "Gerakan Doppler" - yang bermakna mereka mula mengira kedudukan 'ping' yang terakhir berasaskan perubahan walau sekecil mana sekali pun frekuensi 'ping'yang terhasil ekoran pergerakan pesawat itu dengan jarak 'pemerhatinya' iaitu satelit Inmarsat.

Para jurutera yang bertungkus lumus menganalisis bunyi 'ping' tersebut kemudiannya membuat perbandingan dengan data yang diperoleh daripada pesawat Boeing 777 lain yang keluar masuk di sekitar kawasan tersebut untuk melihat di manakah Kesan Doppler itu sepadan dengan data yang diperoleh dari MH370.

"Mereka bekerja tanpa henti selama enam hingga tujuh hari," kata jurucakap Inmarsat, Chris McLaughlin, dengan pasukan penyiasat antarabangsa yang lain membuat kesimpulan hasil daripada penemuan luar biasa ini.

Rumusannya adalah gelombang bunyi 'ping' yang dihantar oleh antena Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia datang dari koridor selatan dan bukannya utara. Itu adalah rumusan muktamad hasil daripada data yang dikumpulkan oleh satelit Inmarsat dan disahkan kesahihannya oleh AAIB.

Hasil rumusan penemuan itu dicapai pada 21 Mac dan pegawai-pegawai AAIB memberi taklimat terus kepada perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kemudiannya menegaskan yang analisis menggunakan teori ini belum pernah dilakukan di dalam siasatan kemalangan pesawat.

Sumber: mStar Online | 26 Mac 2014

MH370: Boeing, MAS berdepan tindakan mahkamah

PETALING JAYA: Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi.

Difahamkan, dokumen mahkamah telah difailkan di mahkamah di Chicago. Wakil-wakil dari syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan mahkamah.


Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia. Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi. Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu.


Tuntutan terbaharu telah difailkan di mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas. Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera.

Sumber: mStar Online | 26 Mac 2014

Selasa, 25 Mac 2014

Wan Zack Haikal chooses Kelantan

Kelantan’s latest signings (from left) Brendan Gan, Wan Zack Haikal Wan Noor and Fitri Omar posing in their Kelantan jerseys yesterday. Pic by Farizul Hafiz Awang.
WAN Zack Haikal Wan Noor chose Kelantan over two other Super League teams before mutually terminating his two-year contract with Japan Football League (Division Three) outfit FC Ryukyu.


Yesterday, the winger along with Australia-born Brendan Gan, who was granted a Malaysian passport recently, and Fitri Omar were unveiled as Kelantan's latest signings for the ongoing season.

The trio signed three-year contracts with the reigning FA Cup champions. Although agreeing that he may never get another opportunity to play abroad again, Wan Zack Haikal believes Kelantan will turn him into a better winger.

"I left Ryukyu because I could not cope with injuries. I played only two games before I got injured last October," said Wan Zack Haikal in Kuala Lumpur yesterday.

"Critics are upset but I was frustrated dealing with the injuries. It is seen as a step backward but for me, I believe I've made the right decision."

Wan Zack Haikal, who underwent multiple knee surgeries, will only complete rehab in August, in time for the Malaysia Cup.

"I consulted interim national coach Ong Kim Swee before making this decision. Although the coach was slightly upset, he was open to my decision," Wan Zack Haikal added.

Kelantan FA (Kafa) advisor Tan Sri Annuar Musa said those concerned should not criticise Wan Zack Haikal for joining his team. "We are not a 'kampung' team....we are one of the best teams in the M-League.

"Critics tend to look down on a player when he returns from a failed stint abroad. "Wan Zack Haikal did well for Ryukyu but I believe he will become a better winger with us," said Annuar.

In a statement, FC Ryukyu said the move to release Wan Zack Haikal for an undisclosed fee was difficult. "We did not release the player because of money. We felt it was better for him to be in a comfortable environment at this stage of his career."

Source: New Straits Times | Soccer | 25 March 2014

Isnin, 24 Mac 2014

Projek Stadium Negeri Kelantan terbengkalai

Zulkifli Ali (depan, dua dari kiri) menunjukkan batu asas yang dibina oleh kerajaan Pas Kelantan sebagai tanda pelaksanaan projek stadium yang diuar-uarkan sejak 2011 di Bukit Merbau, Pasir Puteh, baru-baru ini.
PASIR PUTEH: Kerajaan Pas Kelantan didesak supaya mendedahkan status projek pembinaan stadium bola sepak bertaraf antarabangsa di Bukit Merbau di sini yang diumumkan pada Mei 2011.

Malah pada 30 Mac ini, genap setahun majlis pecah tanah projek pembinaan stadium itu yang dirasmikan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali berkata, hampir setahun rakyat Kelantan menanti stadium yang dijanjikan itu namun sehingga kini projek tersebut masih belum menunjukkan tanda-tanda akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau meminta Kerajaan Pas Kelantan menjelaskan perkembangan terkini pelaksanaan stadium yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun selepas majlis pecah tanah tersebut.

“Sudah hampir setahun projek ini dilancarkan, namun sehingga hari ini hanya batu asas yang ada. Rakyat Kelantan terutama penduduk setempat tertunggu-tunggu pelaksanaan projek mega yang diuar-uarkan sejak 2011 itu.

“Sebagai rakyat, mereka berhak mendapatkan penjelasan tentang status perkembangan terkini namun sehingga kini kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakob masih belum menyatakan komitmen tentang pembinaan kompleks tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke tapak projek pembinaan stadium bola sepak itu di Bukit Merbau baru-baru ini.

Pada 18 Mei 2011, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar di pejabatnya mengumumkan bahawa Kerajaan Pas Kelantan berjanji akan membina sebuah kompleks sukan termasuk sebuah stadium bola sepak baharu.

Stadium yang bakal dibina itu mempunyai 40,000 tempat duduk serta beberapa prasarana sukan lain seperti kolam renang.

Bagi meyakinkan rakyat pada 30 Mac lalu, Nik Abdul Aziz merasmikan majlis pecah tanah projek yang melibatkan kos yang bernilai RM159 juta dan membabitkan kawasan seluas 50.4 hektar.

Pada masa sama, Zulkifli turut meminta Kerajaan Pas Kelantan supaya mendedahkan sebarang dokumen atau surat niat yang telah dikeluarkan bagi membuktikan bahawa projek itu akan dilaksanakan.

“Projek mega yang dicanang kerajaan negeri sejak dua tahun lalu telah disambut baik oleh penduduk dalam kawasan Selising terutama di Bukit Merbau yang mana ia mampu membangunkan kawasan di sini.

“Sehubungan itu, pihak terbabit yang mengendalikan pelaksanaan projek tersebut perlu tampil memberi penjelasan kerana ia menjadi harapan rakyat Kelantan terutama penduduk setempat," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad ketika dihubungi enggan mengulas mengenai projek tersebut. 

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 23 Mac 2014 | Terbitan 24 Mac 2014

Ahad, 23 Mac 2014

Kes pecah rumah meningkat di Kelantan

Mazlan Lazim (duduk kanan) bersama Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia bergotong-royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Badang, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU: Kes jenayah harta benda terutama pecah rumah di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak enam peratus sejak awal tahun ini sehingga setakat ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, selain pecah rumah, kes jenayah yang agak membimbangkan adalah curi kenderaan iaitu lori, kereta dan motosikal.

Kata beliau, kadar jenayah kekerasan bagaimanapun menunjukkan penurunan sehingga 4.4 peratus dalam tempoh tersebut. "Kadar jenayah keseluruhan di Kelantan pada mulanya meningkat sehingga 24 peratus pada Januari lalu, namun kini mula menunjukkan penurunan kepada empat peratus," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Komuniti Kepolisan dan Gotong-Royong Perdana Bersama Penduduk Kampung Kedai Buluh, dekat sini hari ini. Gotong-royong itu turut melibatkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Badang dan Kem Kijang.

Program julung-julung kali diadakan itu dijayakan oleh kira-kira 400 anggota Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata, pihaknya menyasarkan untuk menambah kira-kira 500 anggota PVR yang baharu sepanjang tahun ini. Setakat ini kata beliau, jumlah anggota itu di seluruh negeri berjumlah 783 orang.

"Dengan had usia yang telah dilanjutkan kepada 55 tahun, kita berharap dapat menarik lebih ramai orang awam untuk menyertai pasukan itu pada masa akan datang. "Pasukan itu (PVR) adalah medium mendekatkan pihak polis dengan masyarakat," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 21 Mac 2014 | Terbitan 22 Mac 2014