Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 4 Ogos 2013

Lebuh Raya Pasir Puteh - Tok Bali dijangka siap hujung Ogos 2013

Zawawi (kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Ops Raya JBPM di Bukit Yong sambil diperhatikan Azmi (kiri) dan Mohd Kamal dan Zulkifle (dua, kanan).
PASIR PUTEH, 4 Ogos: Lebuh Raya Pasir Puteh - Tok Bali yang menghubungkan Alor Pasir - Tok Bali yang tertangguh sejak 12 tahun lalu dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.


Jalan bernilai RM70 juta dianggap sebagai projek sakit apabila beberapa kali tertangguh berikutan kontraktor gagal melaksanakannya mengikut jadual. Adun Semerak, Zawawi Othman berkata, jalan itu penting kerana dapat memendekkan perjalanan 10 kilometer daripada jarak sekarang.

“Saya percaya jalan itu nanti akan memberi nafas baharu dalam memesatkan proses pembangunan Bandar Baharu Nelayan Tok Bali yang kini indah khabar dari rupa,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ops Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Bukit Yong di sini, Khamis lalu.

Turut hadir Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Azmi Osman dan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal dan Adun Selising, Zulkifle Ali. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh berkata, jalan berkenaan dibina merentasi Sungai Semerak melalui Kampung Gong Kulim sehingga ke Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Mengenai pembinaan balai Bomba dan Penyelamat baharu di Tok Bali beliau berkata, pada masa ini pembinaan balai itu tidak perlu disegerakan, walaupun tapak pembinaannya sudah lama disediakan.

Katanya, jarak perjalanan yang semakin pendek iaitu mengambil masa 5 hingga  8 minit itu juga memberi manfaat besar kerana ia boleh digunakan Bomba dan Penyelamat berkejar ke Tok Bali apabila berlaku kes kecemasan.

“Kita mungkin memerlukan balai bomba di Tok Bali apabila pembangunannya pesat suatu masa nanti, tapi untuk masa ini bomba boleh menggunakan jalan baharu.

“Pembinaan balai bomba di situ tidak perlu dibina dalam tempoh terdekat kerana jalan baharu sudah cukup membantu mempercepatkan jentera dari bandar Pasir Puteh tiba di Tok Bali,” katanya.

Beliau mengakui, jarak jauh itu menyebabkan dua kes kebakaran bot tidak dapat diselamatkan kerana bomba jarak balai bomba dan Tok Bali 17 kilometer.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Ogos 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan