PETALING JAYA: Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan
mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala
Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi.
Difahamkan, dokumen mahkamah telah difailkan di mahkamah di Chicago. Wakil-wakil dari syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan mahkamah.
Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia. Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi. Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu.
Tuntutan terbaharu telah difailkan di mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas. Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera.

Sumber: mStar Online | 26 Mac 2014
baguh baguh !!! terbe ko bakok tghuh daghi koto baghu banda kesukae kawae.Kalu gi kolupo tadok gapo nok ggalok tapi dae sapa di bakok tokleh dok diae nokgi nengok nokgi ngurot slalu.Baghu beh.
BalasPadam