![]()  | 
| Antara laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilanda banjir di kawasan pantai timur baru-baru ini. Foto: Salhani Ibrahim | 
KUALA KRAI: Hubungan perkhidmatan kereta api antara Kuala Krai dan 
Gua Musang akan ditutup sekurang-kurang setahun disebabkan kerosakan 
teruk laluan ke situ.
Laluan itu terputus apabila jambatan yang menghubungkan Gua Musang 
dan Kuala Krai itu rosak teruk akibat banjir besar pada minggu lalu.
Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Nawawi Ahmad,
 berkata kos pembaikan laluan sepanjang kira-kira 50 meter itu 
dianggarkan berjumlah RM15 juta.
Sumber: Berita Harian (BH) Online | 5 Januari 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan