Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 24 Oktober 2018

Kelantan tarik balik saman royalti minyak

Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan hari ini menarik balik tuntutan saman royalti minyak yang pernah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2011.

Penarikan balik keputusan itu melibatkan dua defendan iaitu syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau yakin dengan ketetapan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negara sebelum ini.

“Antara perkara yang telah dimaklumkan semasa mesyuarat itu adalah bahawa kerajaan Pusat berjanji akan memansuhkan pinjaman wang ihsan dan bayaran tunai petroleum akan disalurkan terus kepada Kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu, tanpa mengambil kira status negeri tersebut yang dikuasai oleh pembangkang.

“Jadi, kita amat yakin dengan janji dan keputusan yang dibuat oleh Dr. Mahathir dalam mesyuarat sebelum ini. Maka, kita menarik balik secara rasminya dan tindakan susulan akan diambil oleh kerajaan negeri (plantif) dengan menghantar (penarikan balik) kepada mahkamah serta-merta,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pas Kelantan kali ke-21 di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
 
Sumber: Utusan Online | 24 Oktober 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan