KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) akan melaksanakan Sistem Letak Kereta Elektronik-Web (SLKE-WEB) untuk bayaran meletak kenderaan berkuat kuasa pada 15 Oktober ini.
Yang Dipertua MPKB Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata melalui sistem itu orang ramai mempunyai pilihan untuk membuat bayaran sama ada menggunakan aplikasi telefon pintar, kad pintar berasaskan kad 'Touch n Go' dan kaedah konvensional iaitu syiling.
"Sistem ini adalah pelaksanaan perisian yang paling lengkap dengan mengutamakan konsep sistem pembayaran berbilang dengan penekanan utama melalui kaedah tanpa tunai," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata sistem seumpama itu sudah dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
"Pengguna tidak lagi perlu ke lapangan hanya untuk melanggan atau memperbaharui pas bulanan bayaran letak kenderaan, sebaliknya boleh dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keselesaan mereka menggunakan komputer peribadi serta telefon pintar," katanya.
Sumber: Bernama | 1 Oktober 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan