KOTA BHARU: Perhotelan dan hartanah di Kelantan antara sektor berpotensi dan menarik minat delegasi pelabur Singapura yang melawat negeri ini hari ini.
Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Pelaburan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Zamri Ahmad berkata 19 pelabur republik itu yang meninjau potensi pelaburan di Kelantan menunjukkan minat lebih kepada dua sektor berkenaan.
"Pelabur terbabit meneliti beberapa maklumat berkaitan termasuk jumlah pelancong, tarikan tertentu dan insentif kerajaan yang boleh membantu mereka melabur di Kelantan," katanya pada sidang akhbar berhubung lawatan delegasi pelabur berkenaan di sini, Isnin.
Zamri berkata pihaknya menawarkan beberapa kawasan industri yang boleh disertai pelabur terbabit termasuk Taman Halal Pasir Mas dan beberapa taman industri di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
"Kita telah membuat penerangan mengenai insentif yang ditawarkan untuk membantu mereka memulakan pelaburan," katanya.
Katanya lawatan delegasi berkenaan yang julung kali ke Kelantan adalah lawatan balas terhadap kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ke Singapura minggu lalu.
Beliau berkata esok delegasi berkenaan akan melawat Terengganu sebelum ke Pahang yang juga negeri di bawah ECER.
"Kita melihat lawatan ini sebagai satu peluang yang baik untuk pembangunan ekonomi di tiga negeri berkenaan," katanya.

Sumber: Bernama | 13 Oktober 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan