KOTA BHARU: Kelantan membentang Belanjawan 2015 bertema Kesejahteraan Rakyat Keutamaan Negeri bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat.
Selain itu memperkasa pembangunan insan berteras Islam, pembelaan golongan dhaif, OKU, armalah dan warga emas dan mengukuhkan keupayaan institusi serta badan pelaksanaan.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, perolehan hasil tahun hadapan dianggar berjumlah RM530.82 juta, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM601.51 juta.
“Bajet Kelantan tahun 2015 merupakan belanjawan defisit berjumlah RM70.69 juta. Ia meningkat berbanding dengan anggaran defisit bajet 2014 yang berjumlah RM10.39 juta.
“Keadaan ini berlaku disebabkan penyediaan bajet 2015 berdasar pendapatan yang diyakini bakal diperolehi,” katanya ketika membentang Belanjawan 2015 di persidangan Dun hari ini.
Bagaimanapun kata beliau pendapatan jangkaan yang masih dalam proses penyelesaian iaitu royalti gas dan petroleum tidak dimasukkan dalam senarai hasil.
“Namun kerajaan negeri berharap royalti gas dan petroleum akan benar-benar menjadi punca hasil kepada Kelantan,” katanya.
Anggaran hasil negeri 2015 meliputi cukai sebanyak RM173.04 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM222.21 juta dan terimaan bukan hasil - RM135.57 juta.
Menteri Besar berkata, jumlah tersebut menunjukkan berlaku penurunan hasil sebanyak RM18.44 juta atau sebanyak 3.36 peratus berbanding anggaran hasil 2014.
Hasil tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM129.57 juta atau 24.40 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil. Ini berlaku peningkatan sebanyak RM24.13 juta dibanding anggaran belanjawan 2014.
Hasil tanah meliputi pungutan cukai tanah sebanyak RM42 juta, premium tanah RM40 juta, bayaran pendaftaran RM6.74 juta serta bayaran gadaian sebanyak RM5.34 juta.
Manakala hasil perhutanan menyumbang sejumlah RM114.91 juta atau 21.65 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.
“Ia juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM47.5 juta jika dibandingkan anggaran belanjawan tahun 2014 yang berjumlah RM67.41 juta.
“Hasil hutan meliputi royalti kayu-kayan yang akan menyumbangkan sebanyak RM30 juta, bayaran Jabatan Hutan sebanyak RM10 juta, permit lesen perhutanan menyumbang RM1 juta dan premium perhutanan sebanyak RM70 juta.
“Hasil perlombongan pula meliputi cukai galian, barite, bijih besi, manganese, feldspar dan emas akan menyumbang sebanyak RM 71 juta.
“Ini menunjukkan hasil perlombongan meningkat berbanding bajet lepas iaitu sebanyak RM29.5,” katanya.
Menteri Besar juga berkata, selaras keputusan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan Bantuan Khas Kewangan maka kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan serupa.

Bantuan khas RM500
Pada 15 Julai lepas kerajaan negeri membayar Bantuan Khas Kewangan
sebanyak RM500 kepada pegawai perkhidmatan awam sebagai menghargai
khidmat mereka memacu program pembangunan negeri.
Kata beliau juga bangunan baharu di Kompleks Kota Darulnaim yang membabit kos RM42.5 juta sedang giat dibangunkan dan dijangka siap tahun hadapan, manakala pembinaan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing yang melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta dijangka siap hujung tahun ini.
Selain itu kerajaan negeri menyediakan peruntuk sejumlah RM75.5 juta bagi menyedia kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat.
Peruntukan tersebut meliputi sebanyak RM54.5 juta bagi penyediaan infrastruktur asas dan RM21 juta disediakan kepada JKR Negeri. “Kemudahan infrastruktur disediakan bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat,” ujarnya.

Sumber: Harakah Daily | 13 Oktober 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan