Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 14 Disember 2017

Kastam rampas rokok seludup libatkan cukai lebih RM700,000

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 5,700 karton rokok seludup yang melibatkan cukai RM728,460 selepas melakukan serbuan ke atas sebuah lori di ladang kelapa di Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok, malam tadi.

Pengarah JKDM Kelantan Datuk Mohd Nasir Yusoff berkata pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia antara 30 dan 50 tahun iaitu dua penduduk tempatan dan seorang warga Thailand dalam serbuan kira-kira 8.20 malam.

Bercakap dalam sidang media mengenai rampasan berkenaan di Wisma Kastam, Padang Bongor di sini hari ini, Mohd Nasir berkata ketika serbuan tersebut, ketiga-tiga suspek sedang memunggah turun berpuluh-puluh kotak yang mengandungi rokok berkenaan daripada sebuah lori untuk dimuatkan ke dalam sebuah lori lain.

Beliau berkata kesemua rokok seludup itu yang bernilai RM57,000 dipercayai untuk pasaran di negeri ini.

Mohd Nasir berkata tiga suspek tersebut direman selama 14 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut berhubung kes penyeludupan rokok berkenaan.

Sumber: Bernama | 14 Disember 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan