Giliran KDYMM Al-Sultan Kelantan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 merupakan suatu kebanggaan bagi seluruh rakyat Kelantan. Tambahan pula negara bakal mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan ke arah mencapai status negara maju itu, rakyat Kelantan pastinya mengharapkan negeri Kelantan tidak ketinggalan dalam semua aspek terutamanya pembangunan infrastuktur pengangkutan, sumber bekalan air bersih, pembukaan kawasan perindustrian baharu, perumahan, dan sebagainya.
Di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V yang akan dibantu oleh memanda perdana menteri, diharapkan supaya pembangunan Kelantan akan menjadi lebih rancak lagi untuk menjadi sama taraf dengan negeri-negeri lain yang bukan sahaja telah dilengkapi dengan kemudahan lebuh raya yang dihubungkan secara terus dengan ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi juga kemudahan pengangkutan terutamanya pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
Pertama sekali, pembesaran dan naik taraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa - Sudah sampai masanya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu, Kelantan dibesar dan dinaik taraf kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Landasan LTSIP perlu dipanjangkan daripada 2,400 meter (m) kepada 3,500 m bagi membolehkan LTSIP mengendalikan semua jenis pesawat tanpa sebarang had muatan.
Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) - Kerajaan Persekutuan yang berpusat di Putrajaya juga diminta menyegerakan pelaksanaan kesemua pakej di bawah projek Lebuh Raya CSR dari Bentong, Pahang sehingga ke Kota Bharu, Kelantan. Lebuh Raya CSR ini bukan setakat memberi manfaat kepada penduduk Kelantan tetapi juga penduduk Pahang Barat sekali gus menjadi pemangkin pembangunan kedua-dua buah negeri.
Pembangunan Pelabuhan Tok Bali - Pembangunan Pelabuhan Tok Bali (PTB) terutamanya melibatkan fasa-fasa seterusnya amat penting dalam usaha menjadikan PTB sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa bagi zon utara Pantai Timur. Hal ini kerana setiap negeri di Pantai Timur memerlukan pelabuhan sendiri untuk mendapatkan akses perdagangan antarabangsa sekali gus dapat memacu pembangunan sektor perindustrian sesebuah negeri.
Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 - Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyegerakan projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) dari Kuala Terus, Terengganu sehingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan untuk melengkapkan jaringan lebuh raya ekspres yang menghubungkan kesemua ibu negeri di Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) dengan ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hal ini kerana Kota Bharu merupakan satu-satunya ibu negeri yang tidak dihubungkan secara terus dengan lebuh raya ekspres dengan ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Laluan Rel Pantai Timur - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan antara projek berimpak tinggi yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan mulai tahun 2018. ECRL merupakan projek landasan kereta api berkembar yang bakal melibatkan empat buah negeri, iaitu Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Landasan ECRL akan bermula dari Pelabuhan Klang, Selangor dan akan melalui Terminal Bersepadu Timur (timur laut Kuala Lumpur), Bentong, Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu, Tok Bali, Jelawat, dan Kota Bharu (Bandar Baharu Tunjong) sebelum berakhir di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Sesungguhnya begitu besar harapan rakyat Kelatan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V. Semoga semua harapan ini dapat direalisasikan menjelang tahun 2020, iaitu tahun kita semua menjadi warga sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Sumber: Gerbang Kota Bharu | www.gerbangkotabharu.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan