|
Jajaran MEX II dari Persimpangan Putrajaya berdekatan Cyberjaya sehingga ke Persimpangan KLIA. Sumber: Maju Expressway Sdn. Bhd. Nota: Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. |
PROJEK pembinaan Lebuh Raya Putrajaya - KLIA (MEX II) sepanjang 18 kilometer (km) bakal menjadi pelengkap kepada Lebuh Raya Kuala Lumpur - Putrajaya - KLIA.
Lebuh Raya MEX II akan bersambung dengan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX I) melalui Persimpangan Putrajaya dekat Cyberjaya dan lebuh raya MEX II ini akan melalui pusat bandar Cyberjaya dan bersambung dengan Lebuh Raya KLIA di Persimpangan KLIA.
Projek ini telah bermula sejak suku keempat tahun 2017 dan dijangka dapat disiapkan menjelang tahun 2019.
|
Pengubahsuaian di kawasan Plaza Tol MEX Putrajaya. Sumber: Maju Expressway Sdn. Bhd. |
Apabila sambungan lebuh raya ini dibuka kelak, pengguna jalan raya dari arah bandar raya Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak perlu lagi melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah (Lebuh Raya Elite) atau melalui Jalan Persekutuan No. 29 melalui Dengkil, Selangor setelah melalui Plaza Tol MEX Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan