Pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan. Foto ihsan: www.beritan9.blogspot.com |
Sehubungan itu katanya Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai yang juga terletak dalam daerah Seremban akan digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban.
"Kita sedang menunggu bangunan baharu untuk Majlis Bandaraya Seremban beroperasi siap diubah suai.
"Bangunan ini dulunya merupakan sebuah pasar raya besar yang terletak di Rahang dan apabila siap serta beroperasi kelak, ia akan memudahkan orang ramai membuat urusan berkaitan,"katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.
Beliau berkata Majlis Bandaraya Seremban itu akan mempunyai pejabat wilayah di sesetengah kawasan seperti Nilai, Mantin dan Rantau bagi memudahkan unit pengurusan dan penguatkuasaan menjalankan tugas.
Mohamad turut memberi jaminan kenaikan taraf Seremban sebagai bandar raya tidak akan menyebabkan kenaikan cukai pintu sekalipun kali terakhir cukai pintu disemak ialah pada 2006.
"Kenaikan cukai bukan syarat utama untuk menjadi sebuah bandar raya. Dengan itu, saya umumkan tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2018,"katanya.
Beliau juga menegaskan penggabungan dua pihak berkuasa tempatan terbabit tidak akan melibatkan pengurangan tenaga kerja.
Status bandar raya itu diluluskan Kerajaan Persekutuan pada 2012.
Pada masa ini Majlis Perbandaran Nilai mentadbir daerah Seremban yang terletak di luar seliaan Majlis Perbandaran Seremban.
Ketika ini Malaysia mempunyai 13 bandar raya iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka, Alor Setar, Miri, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, George Town dan Iskandar Puteri.
Sumber: Bernama | 13 Disember 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan