Mohamed Nazri (kiri) melihat perahu penambang yang dipamerkan di Istana Jahar, semalam. |
KOTA BHARU: Kelantan bakal menarik lebih ramai pelancong luar selepas
negeri ini terpilih untuk difilemkan dalam dokumentari National
Geographic, sekali gus menjadi platform memperkenalkan pelbagai tempat
bersejarah dan budaya masyarakat ke peringkat dunia.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata, sebelum ini dalam perjumpaannya bersama Menteri Besar, Datuk
Ahmad Yakob, beliau berjanji mahu memperkenalkan negeri Cik Siti Wan
Kembang itu ke peringkat dunia.
“Maka janji itu telah ditunaikan kali ini setelah kru National
Geographic turun ke Kelantan dan mengadakan sesi penggambaran di
beberapa tempat menarik di Kelantan termasuk di Istana Jahar, sebuah
mercu tanda di Kelantan.
“Harapan kami semoga dengan paparan dokumentari ini akan memperkenalkan
Kelantan ke peringkat lebih jauh dan turut menjadi pilihan pelancong
luar, dan semakin ramai berminat untuk datang serta melihat sendiri
keunikan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai
penggambaran dokumentari tersebut di Istana Jahar, di Jalan Sultan, di
sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman.
Mohamed Nazri berkata, beliau juga turut dipilih sebagai wakil hos untuk memperkenalkan Kelantan melalui pakaian petani dengan memakai kain dililit di atas kepala, selain mengenakan kain sarung dan seluar panjang serta berbaju T bagi melambangkan kehidupan masyarakat di negeri ini.
“Saya juga dipilih sebagai hos jemputan memperkenalkan pelbagai barangan tradisional dan klasik Kelantan dalam dokumentari tersebut.

“Insya-Allah, dokumentari ini akan ditayangkan sedikit masa lagi. Ia
tentunya beri peluang kepada negara luar yang sebelum ini tidak
mengenali Malaysia dan Kelantan untuk memahami serta menyelami budaya
Melayu Kelantan yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas,
malah mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak terdapat di tempat
lain,” katanya.
Sementara itu, Md Anizam amat berterima kasih atas usaha Mohamed Nazri memperkenalkan Kelantan ke peringkat dunia.
“Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri amatlah diharapkan dalam usaha membangunkan Kelantan," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 24 Sept. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan