Datuk Md Alwi Che Ahmad |
TUMPAT: Royalti hanya mitos kerana tidak pernah disebut dalam Akta
Kemajuan Petroleum 1974, kata Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md
Alwi Che Ahmad.
Beliau berkata, yang disebut di dalam akta tersebut adalah bayaran tunai dan ia diberi kepada negeri di mana gas atau petroleum itu ditemui.
"Dalam Akta Kemajuan Petroleum tak pernah sebut bayaran royalti, (tetapi) yang disebut adalah bayaran tunai kepada negeri itu atau kerajaan negeri itu.
"Sekarang (bayaran tunai) itu tertakluk kepada definisi negeri itulah (layak atau tidak mendapat bayaran tunai)," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat operasi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini, hari ini.
Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan berkata, kerajaan negeri Kelantan tidak berhak ke atas lima peratus bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri.
Bagaimanapun, Kerajaan Pusat mengambil langkah sementara dengan mewujudkan Program Wang Ehsan sehingga isu tuntutan oleh kerajaan negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah, kata Md Alwi yang juga Adun Kok Lanas.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu ceramahnya malam semalam berkata, lebih RM590 juta telah diberikan kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2005 hingga 2013 kecuali 2008 bagi menampung kekurangan akaun mengurus kerajaan negeri yang defisit.

Sumber: Bernama | 14 Sept. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan