Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 1 Ogos 2015

MPKB-BRI sita Restoran Kapal Terbang

Peralatan di Restoran Kapal Terbang disita oleh MPKB-BRI. 
KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyita sebuah restoran di bandar ini selepas dipercayai beroperasi tanpa kelulusan.

Setiausaha MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, sebelum ini pengusaha premis berkenaan telah diberi notis supaya memberhentikan operasi kerana kesalahan tersebut namun kedegilannya mengingkari perintah berkenaan membuatkan pihak terbabit bertindak demikian.

Sudah banyak kompaun yang dikeluarkan kepada pengendali restoran berkenaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Bangunan premis perniagaan juga tidak mendapat kelulusan pembinaan kerana dibina terlalu rapat dengan jalan serta tiada anjakan daripada sempadan sebagaimana yang sepatutnya.

“Selain itu replika kapal terbang yang diletakkan di bangunan berkenaan berada terlalu hampir dengan jalan dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan bahawa Restoran Kapal Terbang yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra dekat Lundang itu telah dikenakan 29 kompaun di bawah Undang-Undang Iklan1990 dan 3, dan Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establishment Makanan MPKB 1987 namun pemiliknya tetap berdegil meneruskan operasi.

Beliau berkata, ekoran itu pihak MPKB-BRI terpaksa menyita tiga buah meja makan besar dan 15 biji kerusi restoran berkenaan tengah hari semalam.

Bagaimanapun, pemilik premis berkenaan masih menunjukkan sikap keras kepalanya apabila terus menjalankan perniagaan sehingga pihak MPKB-BRI dengan bantuan polis sekali lagi terpaksa datang menyita premis terbabit kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Rosnazli menegasnkan, pemilik premis terbabit boleh menjalankan perniagaan setelah mendapat kelulusan pihak berkaitan termasuk kelulusan pembinaan bangunan.

Sumber: sokmo.net | 31 Julai 2015

Artikel berkaitan: Restoran tanpa lesen akhirnya disita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan