Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Pelantikan Dr. Asyraf Wajdi: Usaha laksanakan hudud jadi mudah

Abdullah (tiga, kiri) ketika menandatangani plak perasmian Bangunan Akademik Maahad Muhammadi Rantau Panjang.
RANTAU PANJANG: Rombakan Kabinet diharap akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri di masa depan lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan dua timbalan menteri dari Kelantan dalam senarai tersebut.

Speaker Dun, Datuk Abdullah Yacob berkata, dengan adanya Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan melicinkan lagi perlaksanaan hudud.

“Selain itu dapat meningkatkan lagi peranan agama dan pendidikan di sekolah agama ke peringkat yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bangunan Akademik Maahad Muhammadi Rantau Panjang bagi pihak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Tengku Ab Rahman Tuan Yunus; Timbalan Exco Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Mohamad Awang; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman.

Terdahulu pada majlis tu, Abdullah turut menyatakan kebimbangan terhadap subjek Bahasa Inggeris yang diwajibkan lulus kepada setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain Sejarah dan Bahasa Melayu.

Beliau berkata, ia bukanlah cabaran besar sekiranya pihak sekolah, guru dan pelajar ingin menjadikan Bahasa Inggeris sebagai salah satu subjek yang menarik. 

Ini kerana katanya, subjek itu wajar dipelajari memandangkan ia menjadi salah satu teras utama dalam pembangunan kerjaya di masa depan.

“Secara tidak langsung, ia akan menjadikan pelajar mempunyai kelebihan daripada pelajar lain kerana bukan sahaja bijak berbahasa Arab, malah fasih berbahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 31 Julai 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan