Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 10 April 2016

Tibi: Pesakit ingkar ‘diburu'

Ahmad Razin Ahmad Maher.
PASIR PUTEH: Jabatan Kesihatan negeri sedang mengesan mana-mana pesakit tibi yang ingkar terhadap arah­an perubatan seperti enggan mengambil ubat atau menerima rawatan susulan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, usaha mengesan pesakit ter­babit merupakan sebahagian daripada prosedur bagi memastikan penyakit tersebut tidak memudaratkan pesakit serta tidak menjangkiti individu lain.

Katanya, sepanjang tahun lalu, se­ba­nyak 1,223 pesakit tibi berdaftar dengan pihak jabatan dan 47 daripada mereka dikesan telah berhenti makan ubat atau tidak menjalani rawatan sepatutnya.

Jabatan boleh m­e­ng­­gunakan Akta Pe­n­­cegahan dan Pe­ngawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang memberi kuasa kepada pegawai kesihatan untuk penahan pesakit Tibi yang engkar atau meminta bantuan polis bagi tujuan berkenaan.

“Dalam kes 47 pesakit terbabit, mereka semua akhirnya akur untuk meneruskan rawatan sebagaimana diarahkan,” katanya ketika di­temui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia dan Kem ‘Saya Mahu’ Peringkat Negeri Kelantan di Pondok Yaacob Samba, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd. Anis Hussien, Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Zawiyah Dollah dan Mudir Pondok Yaacob Samba, Imran Hussin.

Ahmad Razin berkata, akta berkenaan mem­bolehkan pegawai dan kakitangan kesihatan mengarahkan mana-ma­na individu atau kumpulan pesakit untuk di­rawat atau diimunisasi supaya diasingkan dan dipantau dalam tempoh tertentu.

Katanya, kumpulan pesakit berkenaan juga boleh dikenakan langkah-langkah lain yang difikirkan perlu terma­suk menahan mereka bagi tujuan mengawal penyakit berkenaan daripada merebak.

Dalam perkemba­ngan sama, beliau memberitahu, kes tibi di ne­geri ini yang direkodkan sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 1,499 kes, iaitu menunjukkan penurunan sebanyak 133 kes berbanding 1,366 kes yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.

“Kes yang mencatatkan kematian di negeri ini sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 93 kes manakala di Pasir Puteh sahaja ialah 105 kes,” katanya.

Ahmad Razin berkata, golongan berisiko tinggi dijangkiti pe­nyakit Tibi ialah individu yang pernah terdedah atau tinggal bersama pesakit tibi, pesakit HIV, perokok, pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang, pesakit paru-paru kronik, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan penghuni pusat koreksional seperti penjara dan pusat rawatan pemulihan dadah.

“Penyakit ini boleh sembuh de­ngan ratawan yang berterusan mengikut tempohnya iaitu sekurang-kurangnya enam bulan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 5 Apr. 2016 | Terbitan 6 Apr. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan