KOTA BHARU: Kelantan hari ini mencatat suhu tertinggi 38.9 darjah celsius dalam tempoh empat bulan, sejak fenomena El Nino melanda negara ini, Januari lepas.
Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Maqrum Fadzli Mohd Fahmi berkata suhu hampir sama turut direkodkan semalam, dengan bacaan 38 darjah celsius.
"Ia rekod suhu tertinggi di Kelantan setakat ini selepas berlaku fenomena El Nino. Suhu ini boleh mendedahkan manusia kepada strok haba jika berlarutan sehingga lima hari," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Maqrum Fadzli berkata bacaan itu direkodkan di jajahan Kuala Krai pada 2.24 petang tadi, manakala suhu di jajahan Kota Bharu adalah 33.4 darjah celsius pada 11.55 pagi ini.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan berdepan risiko dehidrasi atau strok haba.
Katanya masyarakat juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminum lebih banyak air kosong dan mengelak melakukan aktiviti luar.
Sumber: Bernama | 12 Apr. 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan