Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 10 April 2016

Kompuan serta-merta RM10 buang sampah merata-rata di Dungun

DUNGUN: Majlis Perbandaran Dungun akan mengenakan tindakan kompaun serta-merta RM10 kepada orang ramai yang didapati membuang sampah merata-rata di daerah itu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun A Rahman Che Ali berkata kompaun itu dilaksanakan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai serta peniaga untuk memelihara kebersihan bandar.

"Apa yang kami lakukan ini bukan hendak mencari keuntungan mahupun menghukum tetapi mahu masyarakat sama-sama menceriakan bandar Dungun," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya dalam menjayakan operasi itu, sepasukan anggota penguat kuasa beruniform akan ditempatkan di beberapa lokasi tumpuan ramai seperti Hentian Bas Kuala Dungun, Pusat Niaga Sura Gate, Taman-taman Rekreasi, Dataran Arena Merdeka dan Pusat Niaga Paka.

Beliau berkata hukuman lebih berat akan dikenakan kepada mereka yang gagal membayar kompaun RM10 iaitu bayaran denda ditingkatkan secara automatik kepada RM500.

Sumber: Bernama | 10 Apr. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan