Pembeli tiket penerbangan hadir ke pejabat Rayani Air di Seksyen 15 untuk menuntut kembali wang mereka di Shah Alam, Selangor, semalam. |
KUALA LUMPUR: Kakitangan syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani Air bakal mengambil tindakan mahkamah jika pihak pengurusan syarikat penerbangan tersebut tidak memberi kata putus berkenaan gaji yang masih tertunggak, esok.
Seorang kakitangan yang enggan dikenali berkata, tindakan tersebut akan diambil atas alasan pemilik syarikat, A Ravi yang didakwa mensabotaj pekerja.
“Kita sudah melaporkan hal ini kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan esok satu lagi perjumpaan akan kami lakukan. Jika tiada maklum balas daripada pihak Ravi, kami terpaksa membuat tindakan susulan untuk saman.
“Gaji bulan Mac yang sepatutnya masuk pada 28 Mac masih belum dapat dan ini bukan kali pertama mereka lambat membayar gaji kami,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menggantung sementara operasi syarikat penerbangan, Rayani Air selama tiga bulan dan syarikat tersebut diminta memperbaiki operasinya dalam tempoh yang diberikan.
Tambah kakitangan itu, sifat tidak profesional Ravi yang tidak mahu bersemuka dan menyalahkan kakitangan atas masalah teknikal amat dikesali.
“Masalah berlaku apabila beliau yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini membuat peraturan sendiri dan banyak melanggar undang-undang penerbangan yang ditetapkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
“Beliau menolak untuk mendengar nasihat kakitangan yang sudah lama dalam bidang penerbangan dan akhirnya banyak penerbangan terganggu,” katanya.
Kakitangan tersebut juga mendakwa mempunyai bukti rakaman suara, video serta menyimpan perbualan Ravi dengan salah seorang kakitangan di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan beliau menyalahkan pekerja atas segala kesulitan.
Sementara itu di SHAH ALAM, pejabat pengurusan Rayani Air di sini diserbu para penumpang yang menuntut semula bayaran tiket ekoran tindakan syarikat itu menggantung operasinya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati para penumpang yang terlibat dilihat tidak putus-putus mengunjungi kaunter tuntutan bayaran balik tiket yang telah dibuka oleh syarikat terbabit setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga 6 petang.
Seorang penumpang, Wan Mahani Wan Idris, 61, ketika ditemui melahirkan kekecewaan kerana telah menempah dua tiket penerbangan untuk pulang ke Kota Bharu, Kelantan pada Mei ini dan membayar RM159 untuk tujuan itu.
Selain tidak menyangka perkara sedemikian akan berlaku, pesara guru itu bagaimanapun akan tetap meneruskan niatnya pulang ke kampung dengan membeli tiket dari syarikat penerbangan lain yang dirasakannya mampu menawarkan harga berpatutan.
“Saya sudah membuat tempahan tiket awal untuk pulang pada Mei ini. Saya tidak ada masalah untuk menukar penerbangan yang lain selepas ini manakala pihak pengurusan Rayani Air pun telah menyelesaikan proses tuntutan semula bayaran tiket,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, seorang pensyarah, Baiti Yahya, 30, berkata, beliau terpaksa mendapatkan tiket penerbangan lain untuk menghadiri majlis perkahwinan di Sabah selepas dimaklumkan mengenai penggantungan operasi Rayani Air.
Menurutnya, walaupun tuntutan bayaran balik tiket tidak dibuat secara terus dengan tunai, namun syarikat penerbangan itu memberi jaminan bayaran tersebut akan dimasukkan ke akaun bank dalam tempoh tujuh hingga 30 hari bekerja.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, A. Ravi ketika ditemui memberi jaminan proses bayaran balik tiket para penumpang yang terlibat akan dapat diselesaikan paling awal dalam bulan ini.
Malah, beliau turut yakin akan meneruskan semula operasi Rayani Air sebelum tempoh penggantungan DCA selesai selain melaksanakan penstrukturan semula pengurusan serta operasi syarikat itu.
“Kita yakin orang ramai akan kembali menyokong Rayani Air. Kita akui tindakan menggantung operasi Rayani Air pada Jumaat lalu disebabkan mogok oleh juruterbang akibat kelewatan bayar gaji dan saya sebelum ini telah pun merayu kepada mereka untuk menerbangkan pesawat, namun ia tidak berlaku seperti yang saya harapkan, kita tiada pilihan lain,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 12 Apr. 2016 | Terbitan 13 Apr. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan