Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 18 Julai 2018

Muay Thai Kelantan idam empat emas di Sukma Perak

KOTA BHARU: Pasukan Muay Thai Kelantan menyasarkan empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 yang akan berlangsung di Perak, September depan.

Presiden Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK) Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata persediaan awal bagi menghadapi kejohanan dwi tahunan itu sudah dilakukan membabitkan 11 atlet sejak awal tahun ini.

"Kesemua peninju yang akan menggalas tanggungjawab itu terdiri daripada tujuh lelaki dan empat wanita bagi memberikan saingan kepada negeri lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan Majlis Sukan Negeri Kelantan menyasarkan kontinjen negeri itu mampu memperoleh 18 pingat emas pada kejohanan kali ini.

Mohd Fared berkata PSBNK meletakkan sasaran itu bagi mengulangi pencapaian dua tahun lalu di Sarawak melalui satu sumbangan atlet wanita dan tiga atlet lelaki.

Katanya selain daripada sasaran empat pingat emas, PSBNK turut mahu muncul juara keseluruhan pada acara sukan berkenaan.

Sumber: Bernama | 18 Julai 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan