Kamaruddin Md. Nor (kanan) menyerahkan dokumen kepada seorang peniaga Pasar Lama Pasir
Puteh, Kelantan, semalam.
|
Pengerusi Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, walau bagaimanapun, mana-mana projek yang menguntungkan parti pembangkang yang dikenal pasti akan dibatalkan.
“Walaupun Kelantan tiada seorang pun dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kaedah tertentu mengenai urus tadbir pembangunan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan peniaga Pasar Lama Pasir Puteh, hari ini.
Kamaruddin menjelaskan, sebagai Ketua Penerangan dan anggota Majlis Tertinggi (MT) PPBM, beliau sering berbincang dengan Dr. Mahathir mengenai pembangunan di negeri ini.
“Kita tidak berkecil hati dengan keputusan (Dr. Mahathir) tidak melantik seorang pun menteri dari Kelantan untuk menganggotai Kabinet kerana kita memahami pendiriannya yang mahu melantik mereka yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” ujarnya.
Mengenai Projek Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL), beliau memberitahu, kerajaan PH tidak membatalkan projek itu sebaliknya menangguhkannya seketika bagi mengadakan perbincangan semula mengenai terma-terma tertentu dan mengkaji semula kos yang terlalu tinggi.
“Lagipun projek itu tidak menjadi keutamaan pada masa ini,” katanya.
Tambahnya, jika diberi pilihan, pihaknya lebih fokus memilih projek pembinaan lebuh raya pesisir pantai yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur yang sebelum ini pembinaannya ditangguhkan.
Sumber: Utusan Malaysia | 1 Julai 2018 | Terbitan 2 Julai 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan