Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 17 Julai 2018

Kerajaan Negeri Kelantan tahu guna wang royalti minyak

Datuk Ahmad Yakob (dua kiri) diiringi timbalannya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (dua kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaraan Kota Bharu semasa Majlis Penyampaian Watikah dan Pelantikan Ahli Majlis PBT negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan akan menggunakan wang royalti minyak untuk pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Ahmab Yakob berkata, dana itu akan digunakan secara terperinci megikut perancangan yang telah dibincangkan bersama kepemimpinan negeri ini.

"Kita sejak zaman (pemerintahan) Arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah ada beberapa perancangan sekiraya wang royalti minyak dipulangkan kepada kerajaan negeri. Antaranya, sudah tentu memberi keutamaan dalam meningkatkan khidmat dan kesejahteraan kepada rakyat.

"Malah, pernah Tok Guru (Nik Aziz) sebut dahulu, kalau kita mempunyai sumber kewangan kita akan memikirkan kebajikan rakyat. Bukan kita bagi ikan tetapi mata kail supaya peluang pekerjaan dapat diberikan kepada mereka.

"Selain itu, pembangunan infrastuktur juga penting demi usaha membantu meningkatkan perkembangan ekonomi negeri dan perkara ini (pengurusan wang royalti) akan dilakukan secara terperinci," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah dan Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

Ahmad Yakob mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Amanah, Husam Musa yang menasihatkan kerajaan negeri supaya menguruskan wang royalti minyak yang bakal diterima kelak dengan baik.

Sumber: Utusan Online | 16 Julai 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan