Pihak
berkuasa tempatan perlu menaik taraf kemudahan di Masjid Buluh, Gua Musang,
Kelantan sebagai tarikan baharu pelancong.
|
GUA MUSANG: Masjid Buluh yang terletak berhampiran gua batu kapur di sini berpotensi menjadi tarikan eko-pelancongan di negeri ini.
Bagaimanapun, mercu tanda baharu yang dibina pemaju perumahan Bandar Utama di sini itu dilihat gagal menarik perhatian pengunjung biarpun terletak berhampiran jalan utama Gua Musang-Kuala Krai di sini.
Justeru, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk menambah baik kemudahan awam khususnya fasiliti di masjid itu berasaskan binaan batang buluh yang pertama di negeri ini.
Seorang pengunjung, Siti Fatimah Seepein, 29, berkata, PBT harus menyegerakan usaha menaiktaraf kemudahan di masjid itu.
Katanya, usaha itu bagi memperindahkan kawasan sekitar selain menyediakan kemudahan lain sebagai tarikan kepada pengunjung.
“Perkara yang harus ditekankan untuk ditambah baik adalah aspek keindahan kawasan masjid, pencahayaan lampu dan kemudahan riadah.
“Selain dapat beribadah, pengunjung juga dapat melakukan aktiviti serta melihat suasana gua batu kapur semula jadi yang indah,” katanya di sini hari ini.
Seorang lagi pengunjung, Mohd. Suariman Mohd. Zain, 32, berkata, keindahan struktur alam semulajadi itu menjadi tumpuan awam untuk bersantai, beriadah dan merehatkan minda bersama ahli keluarga.
Katanya, pelan pembangunan harus dilaksanakan oleh PBT dengan pihak pemaju masjid itu.
“Kita melihat masjid buluh ini begitu unik apabila binaannya sepenuhnya dibuat daripada buluh.
“Masjid Buluh itu pastinya akan membawa kepada pertumbuhan kawasan baharu yang maju sekiranya kawasan lapang ini turut disediakan dengan lot perniagaan dan kawasan rekreasi atau permainan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | 16 Julai 2018 | Terbitan 17 Julai 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan