PUTRAJAYA: Meskipun ditentang oleh banyak pihak, kerajaan akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selaras dengan manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menegaskan, pihaknya tidak akan membuat pusingan U atau dilihat 'flip-flop' dalam perkara itu.
“Sehubungan itu, saya tidak rasa ada sebarang percanggahan antara kita dalam perkara ini. Yang bercanggah hanya antara pihak Barisan Nasional (BN). UMNO kata lain, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong kata lain, MCA kata lain dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kata lain.
“Dalam Pakatan Harapan (PH), kita tidak bercanggah kerana kita telah bersetuju dengan manifesto yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Kementerian Pendidikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Pengumuman kerajaan negeri Melaka pada 2 Julai lalu yang mengiktiraf UEC sebagai syarat kelayakan membolehkan memasuki perkhidmatan awam negeri itu telah mencetuskan bantahan pelbagai pihak di negara ini.
Selain itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching seolah-olah tidak mengambil kira tentang bantahan tersebut apabila baru-baru ini menyatakan, isu berkaitan pengiktirafan UEC perlu diselesaikan secepat mungkin supaya pemegang sijil berkenaan dibenarkan memasuki perkhidmatan awam.
Ketika ditanya tentang tempoh yang akan diambil untuk UEC diiktiraf, Maszlee secara berseloroh mengatakan bahawa ia tidak akan mengambil masa selama 60 tahun seperti BN.
Sementara itu, Nie Ching dalam satu kenyataan di sini hari ini menjelaskan, kerajaan tidak berniat membubarkan institusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang telah banyak berjasa kepada pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).
Berhubung isu kononnya LPS diarah untuk dibubarkan, beliau berkata, perjumpaan antara pegawai Pejabat Pendidikan Petaling Perdana dengan pengetua dari 11 SJKC serta dua SJKT adalah mengenai penyelarasan pengurusan LPS dan bukannya pembubaran LPS.
Nie Ching memberitahu, perkara sama juga dinyatakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka yang menegaskan tidak pernah mengarahkan pihak sekolah untuk membubarkan atau menghentikan pendaftaran LPS.
“Saya ingin menegaskan bahawa mengikut Akta Pendidikan 1966 (Akta 550), pembubaran LPS institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan hanya boleh diarahkan oleh Menteri dengan sebab dan alasan yang dinyatakan pada Seksyen 62,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | 12 Julai 2018 | Terbitan 13 Julai 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan