Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 2 Ogos 2018

Konsep satu kampung Orang Asli satu produk akan diperkenal di Kelantan

JELI: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan memperkenalkan konsep Satu Kampung Orang Asli Satu Produk bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat itu di negeri ini menjelang 2020.

Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu Hashim Alang Abdul Hamid berkata melalui konsep tersebut kerajaan akan memberikan ruang baharu kepada masyarakat Orang Asli untuk mengubah kebergantungan mereka kepada aktiviti ekonomi tradisional.

"Kita mahu mewujudkan satu produk yang mempunyai potensi besar di setiap perkampungan Orang Asli bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka," Katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Tuaian Ikan Keli Program Pemindahan Ilmu di Makmal Jaringan Sosial (SNl) Perkampungan Orang Asli Sungai Rual di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail.

Hashim Alang berkata setakat kini konsep tersebut hanya dilaksanakan di Sungai Rual di sini untuk dijadikan sebagai pengukur kejayaan konsep terbabit kepada masyarakat itu.

"Kami melihat produk Ikan Keli di sini (Sungai Rual) yang dihasilkan melalui kerjasama dengan UMK merupakan produk yang mempunyai pontesi besar untuk dijadikan produk di kampung ini," katanya.

Beliau berkata konsep tersebut merupakan penjenamaan semula bagi perkampungan Orang Asli yang akan diberikan tumpuan kepada pembangunan produk baharu.

"Walaupun kita melihat perkampungan mereka sudah moden namun aktiviti ekonominya masih lagi masuk ke hutan mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarga mereka," katanya.

Sumber: Bernama | 1 Ogos 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan