Mohd Zamani (kanan) kagum dengan nanas di Rantau Panjang yang mempunyai kualiti premium dan berpotensi untuk pasaran luar negara. |
Dianggarkan 200 hektar tanah di negeri ini terlibat dengan penanaman nanas dan separuh daripada keluasan itu terletak di Rantau Panjang.
Nilai pengeluaran nanas di Kelantan boleh mencecah RM5 juta iaitu jumlah pengeluaran sehingga 4,000 tan metrik setahun.
Nanas varieti baharu
Seorang petani di Rantau Panjang, Roslan Said, 58, berkata, dia mengusahakan 16 hektar ladang nanas sejak 25 tahun tahun lalu.
Menurutnya, walaupun pasaran nanas Sarawak belum meluas, dia tetap mengusahakan tanaman itu bersama anak-anak dan penduduk setempat.
Kakitangan Jabatan Pertanian dan LPNM melakukan pencirian nanas di ladang Ismail. |
“Masa itu saya sedar, nanas yang ditanam bukan dari varieti Sarawak tapi varieti baharu,” katanya.
Roslan berkata, musim lalu sahaja dia mampu mengeluarkan 250 tan nanas yang dijual pada harga RM2 sekilogram.
Melihat permintaan tinggi terhadap buah tempatan itu, dia menanam lebih 500,000 pokok tahun ini.
Lebih lumayan
Seorang lagi petani, Ismail Mat Zain, 53, berkata, dia mengusahakan enam hektar ladang nanas bersama lima pekerjanya sejak 1990.
Menurutnya, dia mengusahakan tanaman nanas kerana ia memberi pulangan lumayan berbanding tanaman lain.
“Dulu saya pernah tanam getah dan kelapa sawit tapi lepas cuba tanam nanas, saya rasa ia lebih mudah malah memberi pulangan yang lebih tinggi.
“Penjagaan yang sangat senang, tak perlu siram berlebihan malah harga jualan lebih stabil berbanding tanaman lain,” katanya.
Ismail berkata, bagi menambah pengeluaran buah dia mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada Jabatan Pertanian dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kelantan.
Roslan (kiri) dan Ismail menunjukkan nanas yang ditanam di Rantau Panjang. |
Kajian LPNM dan Jabatan Pertanian terhadap nanas di Rantau Panjang mendapati kemungkinan besar ia adalah varieti baharu iaitu Madu Kaca yang mampu memberi pulangan lumayan kepada 200 petani di negeri ini.
Pengarah LPNM Kelantan, Mohd Zamani Ab Ghani berkata, selepas pemantauan secara kasar dilakukan, LPNM mendapati nanas di Rantau Panjang bukan dari jenis Sarawak.
Sebaliknya beliau berkata, ia memiliki ciri-ciri nanas Madu Kaca yang mempunyai kualiti premium iaitu lebih manis dan berjus.
“Buat masa ini, permintaan terhadap nanas Sarawak agak terhad iaitu melibatkan negeri pantai timur, tapi berbanding nanas jenis Madu Kaca, ia mendapat permintaan tinggi sehingga ke Lembah Klang.
“Nanas jenis ini juga berpotensi bukan sahaja untuk pasaran dalam negeri malah luar negara seperti China,” katanya selepas Program Perincian Nanas Madu Kaca sebagai Varieti Nanas Berdaftar Kebangsaan di ladang nanas Kampung Gual Soksek.
Mohd Zamani berkata, harga pasaran bagi nanas Madu Kaca juga lebih tinggi berbanding nanas Sarawak.
Katanya, sekiranya nanas di Rantau Panjang disahkan sebagai Madu Kaca, ia diharap dapat meningkatkan lagi bilangan pengusaha nanas dan keluasan ladang nanas di negeri ini.
“Namun, proses perincian jenis nanas ini perlu dilakukan dan keputusan mengenai perincian hanya akan diperoleh dalam masa beberapa bulan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian | 6 Ogos 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan